Tentang UiTM

About us
Trusted Brand Logo
Universiti Teknologi MARA (UiTM) ialah universiti komprehensif terbesar di Malaysia yang menyediakan pendidikan inovatif dengan infrastruktur dan teknologi terkini yang merangkumi 34 kampus, 4 kolej pengajian, 13 fakulti dan 9 pusat akademik di seluruh negara.

UiTM menawarkan lebih daripada 500 program akademik di peringkat Asasi, Pra diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD, serta Program Profesional. UiTM sentiasa meluaskan akses pendidikan tinggi dan memainkan peranannya dalam pembinaan negara dengan menyerlahkan potensi, membentuk masa hadapan.

Antara pencapaian terhebat, UiTM berada pada kedudukan ke-104 dalam QS Asia University Rankings 2023, berada pada kedudukan 651-700 dalam QS World University Rankings 2023, serta berada pada kedudukan 361-380 dalam QS World University Rankings: Sustainability 2023 dan ke-4 di Malaysia. Subjek Hospitality and Leisure Management pernah berada pada kedudukan ke-42 terbaik di dunia daripada 14 subjek UiTM lain yang tersenarai dalam penarafan QS World University Rankings by Subject. UiTM turut berada pada kedudukan 101-200 dalam penarafan Times Higher Education Impact Rankings 2022 dan menerima anugerah 3G SDGs Championship Award 2022. Pada Jun 2022, UiTM dipilih sebagai penerima Reader’s Digest Trusted Brand Gold Award 2022 kali ke-12 bagi kategori Universiti Awam dan untuk pertama kalinya menerima anugerah The BrandLaureate BestBrands Awards 2022 – The Nation’s Pride Higher Education. UiTM berada pada kedudukan ke-128 dalam penarafan UI GreenMetric (UIGM) World University Rankings 2021 dan telah memenangi pingat emas bagi kategori Iklan Kreatif Terbaik pada peringkat antarabangsa dalam QS APPLE Creative Awards 2020 .

Dengan lebih daripada 900,000 alumni dalam bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan keusahawanan, UiTM menawarkan peluang dalam membentuk pemimpin pada peringkat kebangsaan, industri dan global bagi mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang tahun 2025.

FACT & FIGURES

UiTM Data

Graduates
1,003,241

Students
187,994

Staff
18,818

Programmes
522

Campuses
34

Postgraduate Students
11,082

Professors
186

*Data as of April 2023 | Source: University Transformation Division

ACHIEVEMENT

0
QS Asia University Rankings 2022

0
QS University Rankings
2022

0
Subjects ranked in the QS World University Rankings by Subject
0
Ke-4 di Malaysia QS World University Rankings: Sustainability 2023

LOKASI UiTM

Image

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000