UiTM sets a new record as it jumps 102 spots from its position last year, attaining the 555th position in the 2024 QS World University Rankings. This year, 2,963 institutions were evaluated across 104 locations
UiTM sets a new record as it jumps 102 spots from its position last year, attaining the 555th position in the 2024 QS World University Rankings. This year, 2,963 institutions were evaluated across 104 locations
MACHANG, 26 Jun 2023 – Program Digital@K.K.D pada 24 Jun 2023 anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital, Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital bersama Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd Janor Naib Canselor UiTM dan Pengurusan Tertinggi ke UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang dalam melaksanakan ‘Jelajah Saya Digital’, MyDigital@K.K.D, dan PerantiSiswa bagi meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia terhadap revolusi digital.
UiTM amat berbangga kerana sekali lagi diberi peluang untuk turut serta dalam program C.S.R yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian. Untuk makluman, UiTM pernah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi majlis pembukaan pengagihan PerantiSiswa pada 3 September 2022 dan majlis perasmian MyDigital KKD pada 5 Mac 2023 yang lalu. Pihak universiti bersyukur kerana adanya sinergi yang wujud antara Kementerian dan UiTM.
Kemajuan teknologi memberikan impak positif bukan sahaja kepada sistem pendidikan malah dalam kehidupan kita seharian. Dalam konteks pembelajaran di universiti, perlu kita akui bahawa, fasa pandemik telah menyumbang kepada penggunaan teknologi dalam medium pembelajaran alaf baharu yang dilihat mampu membantu melonjakkan prestasi dan celik teknologi dalam kalangan mahasiswa.
Justeru itu, dengan adanya bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian seperti PerantiSiswa, UiTM yakin, rata-rata mahasiswa yang telah menerima PerantiSiswa bersetuju bahawa ia banyak membantu mereka dalam capaian maklumat, dan pengambilan nota yang lebih efisien. Pada awal program, sesi perkongsian maklumat telah dilaksanakan oleh agensi-agensi yang terlibat. Semoga perkongsian tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sarawak kali ke-96 telah berlangsung dengan penuh gemilang di Dewan jubli, UiTM cawangan Sarawak Kampus Samarahan pada 13 hingga 14 Jun 2023.
MELAKA, 19 JUN 2023 – Program Lendu Berselawat 2023 telah menggegarkan Dewan Taming Sari UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, dengan alunan selawat, zikir dan qasidah
8 JUN 2023 - Bernama TV menyaksikan perkongsian Prof Madya Dr. Suriyani Ariffin, Pengarah Pembangunan Akademik Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Teknologi MARA (UiTM), mengenai halatuju para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam segmen temubual ‘Apa Khabar Malaysia’.
Prof Madya Dr Suriyani Ariffin membincangkan isu pelajar lepasan SPM yang ingin bekerja dan tidak mahu menyambung pelajaran mereka. Beliau berkata, ‘Graduan SPM kini ingin bekerja kerana kos pendidikan yang tinggi dan mereka tidak mahu berhutang’. Menurut beliau, ‘Para graduan SPM juga tidak mahu menyambung pelajaran disebabkan perbandingan gaji, di mana gaji pekerjaan bagi graduan SPM dan diploma adalah sama’. ‘Selain dari kos pendidikan yang tinggi dan perbandingan gaji, graduan juga terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan mereka’, tambahan beliau.
Prof Madya Dr. Suriyani Ariffin juga berkongsi pendapat beliau atas pilihan graduan SPM mengambil jurusan di universiti. ‘Terdapat pelbagai program yang boleh dipilih oleh graduan seperti program matrikulasi, diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)’. Menurut beliau, ‘Para graduan perlu mengikut minat dan bakat masing-masing, dan memenuhi syarat-syarat semasa memilih jurusan yang mereka mahu di universiti’.
Dalam segmen tersebut, beliau memberi pendapat terhadap situasi pelajar yang ingin menukar program yang tidak diingini mereka. Menurut beliau, ‘Pihak universiti mempunyai tanggungjawab dalam menghasilkan graduan yang harmoni dan intelektual dalam pelbagai aspek. Pihak UiTM bukan sahaja memberi ilmu malah kemahiran bagi para graduan seperti kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya’. Dr Suriyani Ariffin menyeru pada para graduan untuk terus menyambung and menyahut peluang yang diberi oleh pihak universiti’. Tambah beliau, ‘Para alumni UiTM juga ada yang bekerja dalam bidang lain dari jurusan yang mereka ambil’.
Mengakhiri segmen temubual tersebut, Prof Madya Dr Suriyani Ariffin berkongsi mengenai Ekspo Selangkah ke UiTM yang akan berlangsung selama 2 hari pada 10 Jun dan 11 Jun 2023 yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.