Latest News

Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Kedah Ungguli Anugerah Utama "Best of The Best" Award di Tanggam Fest 2024 : Southern Chapter ,UTHM

PARIT RAJA, 8-9 Januari 2024 - Teaching Factory, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama MTIB

telah menganjurkan program TANGGAM FEST 2024: Southern Chapter. Acara ini berlangsung pada 8 dan 9 Januari 2024 di UTHM, Johor. Program ini melibatkan institusi-institusi di Malaysia iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau, UiTM Cawangan Melaka dan Cawangan Kedah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).


Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM Kedah juga tidak ketinggalan menyertai program ini iaitu dengan jumlah 15 orang pelajar jurusan Diploma Seni Reka Perindustrian dan pensyarah pengiring yang terlibat dalam program ini ialah En. Mohd Hamidi Adha Mohd Amin dan En. Abu Hanifa Ab. Hamid. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keterlibatan peserta dalam aktiviti pembentukan reka bentuk.

Program juga menyediakan medium perbincangan dan perkongsian kepakaran reka bentuk perabot daripada pihak industri, serta pereka tersohor kepada para pelajar. Beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang TANGGAM FEST 2024 termasuk sesi bicara industri, forum reka bentuk industri, sesi "Ice Breaking" antara pelajar pelbagai universiti, dan pertandingan "Design Jam Competition". Dalam pertandingan "Design Jam Competition", KPSK, UiTM Cawangan Kedah dinobatkan Anugerah Utama "Best of the Best" Award melalui reka bentuk "Coffee table inspired by Loas asian culture". Setiap kumpulan peserta diberi masa selama 2 jam untuk merancang dan menghasilkan "Coffee table" berdasarkan tema yang diberikan dengan menggunakan hanya bahan Plywood, dawai dan playar. Pembentangan hasil karya kepada panel juri yang terdiri daripada wakil industri dan pereka MTIB.


TANGGAM FEST 2024: Southern Chapter muncul sebagai satu platform berprestij yang membantu pelajar dalam memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang reka bentuk perindustrian. Kejayaan KPSK, UiTM Cawangan Kedah dalam Design Jam Competition mencerminkan keunggulan dan bakat pelajar  dalam seni reka perindustrian khususnya dalam bidang rekabentuk perabot.  Program ini tidak hanya menyuburkan bakat, tetapi juga membuka peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan industri sejagat.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000