KELESTARIAN @ UITM

Kami meneroka pendirian kami di pentas dunia dalam usaha membenteras perubahan iklim global. Melalui Greenation@UiTM, kami menyelami keutamaan global berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari untuk menuju masa depan yang lebih baik.

Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals,SDG)2030 mengandungi 17 matlamat global yang menjadi petunjuk SDG untuk pembangunan di di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Kemajuan petunjuk SDG ini saling berkait demi mancapai masa depan yang lebih baik dan lebih mampan untuk semua.

SDGs telah ditubuhkan pada 2015 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bertujuan untuk dicapai pada tahun 2030. UiTM mempunyai 2 unit yang menyokong usaha SDG iaitu:
IBSD
Institute for Biodiversity and Sustainable Development (IBSD)
UGC
Pusat Hijau UiTM (UGC)
Polisi Kelestarian
* Sumber : Mesyuarat MEU Bil.38/2021 24 Sept 2021

MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI

Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG) 2030 mengandungi 17 matlamat global yang menjadi petunjuk pembangunan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
IBSD Institute for Biodiversity and Sustainable Development
IBSD ditubuhkan pada 15 Jun 2020. Institut ini ditubuhkan untuk menjadi tulang belakang kepada segala aktiviti dan inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang dilaksanakan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).

IBSD berhasrat memperkukuhkan penyelidikan dalam bidang biodiversiti dan pembangunan lestari melalui kerjsama strategik antarabangsa selain daripada meningkatkan perolehan geran dan mengadakan symposium secara kolaboratif.

Misi: Untuk menjadi pusat kecemerlangan bertaraf dunia yang menjuarai bidang penyelidikan biodiversiti dan pembangunan lestari.
Visi:
  • Menjadi pusat kecemerlangan bertaraf dunia melalui penyelidikan dan inovasi
  • Menjadi pusat pengembangan ilmu dan pusat rujukan dalam bidang pembangunan lestari dan biodiversiti
  • Untuk meningkatkan ketampakan penyelidikan UiTM di peringkat dunia dalam bidang biodiversiti dan pembangunan lestari
Dengan bangganya, projek-projek yang tersenarai di sini merupakan bukti yang menunjukkan kesemua 17 matlamat yang dilaksanakan tahun lepas berjaya ditingkatkan selain dari usaha-usaha baru yang turut dilaporkan di sini. Justeru, atas nama kemakmuran, kehidupan rakyat, keagungan cakrawala, kebersamaan dan keamanan sejagat, Universiti Teknologi MARA dengan bangganya mempersembahkan Matlamat Global 2021.
UGC Pusat Hijau UiTM
Penubuhan Pusat Hijau UiTM atau lebih dikenali sebagai UiTM Green Centre (UGC) telah diluluskan oleh Mesyuarat Eksekutif Universiti (MEU) bilangan 34/2 2020 pada 21 Oktober 2020 dan diletakkan di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor Pembangunan UiTM. Inisiatif ini adalah selaras dengan Perancangan Strategik UiTM 2025 di bawah Tema Strategik 8 (Kampus Bestari) dan mendukung agenda kelestarian univerisiti, komuniti dan dunia sejagat.

UGC menggalakkan pengoperasian secara dinamik dan pelbagai dengan melantik ahli-ahli utama dalam kalangan komuniti UiTM, dibantu oleh pasukan petugas yang terdiri daripada pakar-pakar dari pelbagai fakulti dan disiplin yang mempunyai minat dan kecenderungan tinggi untuk menasihati perkara-perkara yang melibatkan agenda kelestarian universiti.

UGC menumpukan pembangunan hijau kampus melalui enam elemen persekitaran yang dipetakan dalam enam kluster.
  1. Setting and Infrastructure (SI)
  2. Waste (WS)
  3. Water (WR)
  4. Energy and Climate Change (EC)
  5. Education and Research (ED)
  6. Transportation (TR)

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000