Berita Terkini

Sesi Pendaftaran Pelatih Program Pengurusan Diploma Mutawwif Umrah Dan Ziarah Di Kampus Permatang Pauh, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang

Permatang Pauh, Pulau Pinang, 30 Januari 2023 – Universiti Teknologi MARA

Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh menerima seramai 12 orang pelajar pertama bagi kemasukan ke program Diploma Pengurusan Mutawwif, Umrah & Ziarah yang diselia dan dikelolakan sepenuhnya oleh Profesional Mutawwif Development Sdn Bhd (atau PMDSB). PMDSB merupakan sebuah syarikat yang menjadi peneraju utama dunia dalam menaiktaraf dan mengiktiraf kerjaya mutawwif professional dan “muslim tour leader” di Malaysia. Program Diploma tersebut merangkumi pelbagai aspek termasuk bimbingan ibadah umrah, pelancongan, pemasaran, pengurusan, perniagaan dan pembangunan sahsiah diri pelajar.

Sesi pendaftaran dan sesi orientasi telahpun diadakan di Pusat Islam selama lima (5) hari bermula 30hb Januari 2023 sehingga 3hb Februari 2023. Wakil-wakil daripada Jabatan dan Unit UiTM Cawangan Pulau Pinang yang berkepentingan seperti Polis Bantuan, Perpustakaan, Unit Kolej juga dijemput untuk memberikan taklimat penting berkaitan kampus supaya para pelajar mengetahui peraturan semasa berada di dalam premis UiTM.

Pelaksanaan projek penjanaan melalui sewaan ruang dan kemudahan ini merupakan salah satu inisiatif kampus mengoptimumkan penggunaan aset dan ruang yang sedia ada selain dapat meningkatkan penglibatan aktif universiti bersama industri. Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang menyediakan prasarana yang diperlukan seperti kemudahan kolej, bilik kuliah, dewan, dan sebagainya.

 

More News

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000