WORK WITH US

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di :-
  • UiTM Shah Alam
  • UiTM Cawangan Selangor
  • Hospital UiTM, Kampus Puncak Alam
a. Untuk Bukan Staf UiTM
  1. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 14 Februari 2021 hingga 1 Mac 2021 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00. Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk membeli SATU (1) nombor pin sahaja.
  2. Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
  3. Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
  4. Pemohon hanya boleh memohon untuk SATU (1) jawatan yang diiklankan sahaja.
  5. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
    1. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
    2. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
    3. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).
b. Untuk Staf UiTM Sahaja
  • Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara dimana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal i-Staf > eProses & Sistem Sokongan > ePengambilan Staf.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Mac 2021 (Isnin)
Job Vacancy (Academic & Administration)

For enquiries, please contact:
Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Email: bpps@uitm.edu.my

Academic
Tel: +603-5544 3063/3417/3090/3006/
+603-5521 1314
Administration
Tel: +603-5544 3007/3085/3005/3076/
+603-5521 1612


To apply online for Academic & Administration jobs, please visit: https://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

webmedia@uitm.edu.my

Tel: +603-5544 2000
Fax: +603-5544 3999