Select your language

Latest News

UiTM Cawangan Perak dan MERCY Malaysia Jayakan Latihan Kesiapsiagaan Bencana di Al-Furqan

UiTM Cawangan Perak dan MERCY Malaysia Jayakan Latihan Kesiapsiagaan Bencana di Al-Furqan

KUALA KANGSAR, 6 Ogos 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak melalui UiTM MERCY Resilience Community Center (UMRCC),

dengan kerjasama MERCY Malaysia Perak Chapter (MMPC), telah berjaya menganjurkan School Preparedness Programme (SPP) di Sekolah Rendah Al-Furqan, Kuala Kangsar. Program ini merupakan inisiatif berimpak tinggi yang bertujuan memperkasa daya tahan komuniti sekolah terhadap risiko bencana melalui pendekatan pendidikan dan latihan yang inklusif.

Seramai 100 pelajar sekolah rendah telah menyertai program ini dan terlibat secara aktif dalam pelbagai modul latihan yang dijalankan. Program ini turut disokong oleh 22 fasilitator daripada UiTM Kampus Machang dan UiTM Kampus Tapah, yang memainkan peranan penting dalam membimbing peserta serta memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan modul.

Antara modul utama yang diketengahkan termasuk Kesiapsiagaan Sekolah, Pemetaan Risiko Sekolah, Perubahan Iklim Dunia, dan Tindakan Semasa Bencana.

Slot pengenalan kepada MERCY Malaysia telah disampaikan oleh Ts. Mohd Nasurudin bin Hasbullah, Pengerusi MMPC merangkap pensyarah kanan UiTM, yang turut menekankan peranan pendidikan dalam membina komuniti yang lebih bersedia dan berdaya tahan.

Program ini telah memberi impak yang signifikan kepada pelajar melalui peningkatan tahap kesedaran, kefahaman dan keupayaan mereka dalam mengenal pasti risiko serta bertindak balas terhadap bencana secara terancang. Aktiviti perbincangan dan simulasi turut berjaya meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Bagi komuniti sekolah secara keseluruhan, SPP telah mewujudkan budaya keselamatan yang lebih menyeluruh serta memperkukuh peranan guru dan pentadbir sebagai pemimpin dalam pengurusan risiko bencana. Pelaksanaan aktiviti pemetaan risiko dan penyediaan pelan tindakan bencana telah memberikan panduan praktikal yang boleh diaktifkan sekiranya berlaku bencana sebenar.

Menurut Guru Besar Sekolah Rendah Al-Furqan, Puan Noorul A’ini Mohammed Asari, program ini bukan sahaja menjadi platform pemindahan ilmu dan latihan, malah menggalakkan kolaborasi berimpak tinggi antara institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan dan komuniti tempatan dalam usaha membina ketahanan bencana yang mampan.

UiTM Cawangan Perak komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh ketahanan komuniti melalui program pendidikan dan latihan yang relevan, inklusif dan berorientasikan impak.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000