Latest News

Kotak Rezeki 4 Siswa: Inisiatif Sentuhan Kasih MPP di Rumah Sewa Pelajar

SHAH ALAM, 13 Disember 2023 - Sebanyak 125 kotak rezeki diagihkan kepada lebih lebih 700 pelajar Non-Residen UiTM Shah Alam dan UiTM Cawangan Selangor

sebagai inisiatif kebajikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam dengan kerjasama Unit Pengurusan Non-Residen UiTM Shah Alam dan Cawangan Selangor untuk membantu mahasiswa yang duduk di luar kolej kediaman.

Inisiatif Kotak Rezeki 4 Siswa ini merupakan sebuah projek dibawah kelolaan MPP UiTM Shah Alam dalam usaha untuk bersama pihak pengursan dan pemimpin pelajar untuk menyantuni serta mendengar keluhan pelajar khususnya pelajar yang menyewa di sekitar Shah Alam, Puncak Alam dan Puncak Perdana. Program ini juga telah ditaja oleh Mydin sebanyak 50 kotak makanan kering bernilai RM 3000 untuk disumbangkan kepada pelajar yang memerlukan.

“Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM sentiasa cakna dengan kebajikan pelajar UiTM. Tahniah MPP, UPNR dan semua pihak yang terlibat. Semoga usaha ini dapat diteruskan di masa akan datang” Demikian ulasan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, YBhg Prof Dr Hj Mohd Sazili Shahibi dalam ucapan ringkasnya ketika menyantuni pelajar di kediaman mereka.

Kembara kebajikan ini telah berlangsung dari 5 November 2023 hingga 15 Disember 2023. Turut hadir, Prof Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Pengarah Pembangunan Pelajar, Prof Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Selangor, En Hisyam Che Mat, Pengetua Non-Residen UiTM Shah Alam dan Dr Noor Azly Mohammed Ali, Pengetua Non-Residen UiTM Cawangan Selangor.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000