Latest News

Pembantu Tadbir UiTM Cawangan Sabah Raih Anugerah Emas di APU 2022

SHAH ALAM, 20 Disember 2023:  Encik Sulaiman Halim, Kerani N19, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTMCSH) Kampus Tawau telah meraih hadiah Anugerah Pentadbir UiTM (APU) 2022

pada Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2023 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM, pada Rabu.

Encik Sulaiman memenangi Anugerah Emas Khidmat Komuniti bagi kategori Kumpulan Pelaksana Gred 11 – 28 dengan menerima sejumlah wang tunai beserta piala dan sijil.

Antara sumbangan dan pencapaian Encik Sulaiman dalam khidmat komuniti di Kampung Wawasan Batu 15, Jalan Apas, Tawau, Sabah sejak 2020 hingga 2023, Setiausaha Persatuan Penduduk Kampung, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pencinta Keluarga Sabah, Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Kampung, Penyelaras Majlis Sambutan Hari Raya, Penyelaras Program Gotong Royong Perdana, Penyelaras Sambutan Maulidur Rasul 1444H, Penyelaras Majlis Berbuka Puasa TM Unifi  Tawau Bersama Penduduk Kampung, Penyelaras Ziarah dan Serah Sumbangan Kepada Waris Penduduk Kampung dan Peserta Program Pejabat Bergerak dan Bengkel Anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, (JPPM) Sabah.

Encik Sulaiman berkata, sejujurnya beliau tidak menyangka akan meraih kemenangan ini kerana sudah pasti terdapat ramai calon yang mempunyai pencapaian yang lebih hebat bagi kategori ini. Beliau amat bersyukur menerima pengiktirafan ini dan berharap ia menjadi cetusan inspirasi kepada setiap warga UiTM untuk lebih proaktif dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Katanya, sebagai seorang staf yang berkhidmat di sebuah Institusi Pengajian Tinggi, setiap warga UiTM khususnya, perlu menanam sikap prihatin dan kesukarelawan dalam aktiviti khidmat sosial dan masyarakat  kerana ia akan mewujudkan empati tinggi untuk membantu golongan yang memerlukan.

Hadiah telah disampaikan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @Sahibuddin. Turut hadir, Rektor UiTMCSH, Profesor Madya Dr. Rozita @Uji Mohammed dan Ketua Unit Kualiti UiTMCSH, Puan Lenny James Matah.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000