Latest News

Majlis Pelancaran Kereta Solar Eco Photon Keris Generasi KE-5

SHAH ALAM, 7 SEPTEMBER – Majlis pelancaran Kereta Solar Generasi Ke-5 Eco Photon (KerisGen5) anjuran pasukan Eco Photon UiTM bersama Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK)

telah berlangsung di Dewan Serbaguna Seroja, Kolej Seroja UiTM Shah Alam.

Majlis ini bertujuan mempamerkan kereta solar terbaharu yang direka khas oleh pasukan Eco Photon UiTM. Secara langsung, ia menjadi platform kepada pihak penaja untuk melihat potensi mahasiswa KPK dalam mereka cipta KerisGen5.

Majlis ini turut menyediakan sesi penerangan dan demonstrasi KerisGen5, termasuk ciri-ciri terkemuka yang membezakan KerisGen5 daripada inovasi sebelumnya. Sehubungan dengan itu, semua penaja telah dijemput untuk berkolaborasi dalam mempromosikan kepada dunia prestasi dan kehebatan KerisGen5.

Melalui pelancaran KerisGen5 ini, mahasiswa juga dapat mempertontonkan potensi mereka kepada pihak industri, khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan kereta solar. Kehadiran pihak penaja dalam majlis pelancaran ini telah mewujudkan peluang untuk menjalinkan jaringan dan kerjasama yang lebih erat antara pihak KPK, UiTM dan industri. Dengan ini, diharapkan kerjasama yang berterusan dan proaktif dapat dimantapkan dalam usaha menjana inovasi dan kemajuan di bidang berkenaan.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000