Latest News

UiTM Cawangan Sarawak Meraikan 1,551 Graduan Sempena Istiadat Konvokesyen Kali Ke-96

Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sarawak kali ke-96 telah berlangsung dengan penuh gemilang di Dewan jubli, UiTM cawangan Sarawak Kampus Samarahan pada 13 hingga 14 Jun 2023.

Seramai 1,151 orang keseluruhan graduan telah Berjaya menerima sijil penganugerhan ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.

Istiadat penuh gemilang ini meyaksikan Yang Berbahagia Tan Sri Dato Zarinah Anwar, Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) merasmikan Istiadat Konvokesyen ke-96 serta sekaligus menyempurnakan penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan. Turut hadir menyempurnakan penganugerahan ijazah dan diploma adalah Tuan Haji Muhamaad Nizam Noordin, Pendaftar UiTM, Profesor Dr. abang Zainoren Abang Abdurahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri yang Menjalankan Tugas-tugas Rektor UiTM Cawangan Sarawak.

Majllis ini diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan serta memberi galakan dan dorongan kepada para graduan agar lebih komited serta bersemangat untuk mendalami ilmu dalam peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang. Selain itu juga, majlis berprestij ini turut mampu memberi keyakinan kepada graduan agar lebih kompetitif untuk menghadapi cabaran alam pekerjaan.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua graduan kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Begitu juga, jutaan penghargaan disampaikan kepada para ibu bapa, pensyarah dan seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak yang ikhlas menjayakan Istiadat Konvokesyen kali ke-96.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000