Latest News

UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah anjur Majlis Iftar Perdana bersama Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Mukah buat julung kalinya menganjurkan Majlis Iftar Perdana

bersama Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib yang diadakan di perkarangan Surau Ibnu Khaldun kampus berkenaan pada 17 April 2023 (Isnin). Penganjuran majlis ini adalah sebahagian daripada acara yang telah dirancang sempena meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Jubli Emas UiTM Cawangan Sarawak dan bulan Ramadan sekali gus meraikannya dengan program mengimarah Surau Ibnu Khaldun.

Antara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan adalah penyerahan sumbangan golongan yang kurang bernasib baik sama ada di kalangan pelajar mahupun masyarakat di sekitar Mukah, serahan zakat kepada pelajar UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah dan sumbangan kepada pelajar daripada Ragad Foundation. Sumbangan kepada golongan ini akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib. Majlis Iftar Perdana kali ini dianjurkan dengan kolaborasi bersama Astana Negeri Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Mukah, PDRM, Pejabat Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penerangan, Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pertanian.

Dianggarkan seramai 450 tetamu yang terdiri daripada warga kampus dan tetamu jemputan yang akan hadir untuk memeriahkan program ini. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah YBhg. Profesor Dato Dr. Jamil Haji Hamali, Rektor serta isteri Yang Berbahagia Datin Marilyn Edna Perreau, Yang Berhormat Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.56 Dalat, Yang Berhormat Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.42 Semop, Yang Berhormat Royston Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Telian, Encik Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah, barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Sarawak, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat serta pelajar daripada institusi pendidikan berhampiran. Majlis ini juga akan menyaksikan penyampaian sumbangan daripada pihak Astana Negeri kepada 50 orang asnaf dari sekitar kawasan Mukah, Balingian, Dalat, Igan & Oya dengan jumlah keseluruhan bernilai RM12,500.00 manakala sumbangan kepada 50 orang pelajar UiTM Cawangan Sarawak dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,000.00. Selain itu, sumbangan cek daripada pihak Majlis Islam Sarawak kepada wakil masjid dan surau di sekitar Bahagian Mukah dengan jumlah bernilai RM158,000.00 manakala sumbangan daripada pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Setia Raja Mukah pula kepada wakil masjid dan surau di sekitar Mukah dan Balingan yang keseluruhannya berjumlah RM85,000.00.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000