Latest News

Penganugerahan Kepimpinan MPP UiTM Se-Malaysia Kini Melalui Sistem Penjurian Berasaskan Anugerah Tokoh Siswa

JOHOR BAHRU, 17 JANUARI 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah mengadakan

Malam Penghargaan dan Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM se-Malaysia sesi 2021/2022 (MAPAM 2023) pada 7 Januari yang lalu dan disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor.

BHEP UiTM memainkan peranan dalam memulakan dan mewujudkan satu sistem penganugerahan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) se-Malaysia melalui sistem penjurian yang berasaskan Anugerah Tokoh Siswa (ATS) yang merupakan sebuah inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mengangkat nilai kepimpinan mahasiswa di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, beliau yakin bahawa inisiatif ini bukan sahaja dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang penuh beretika dalam bidang kepimpinan universiti, bahkan turut menyumbang kepada pembangunan modal insan dalam pasaran pekerjaan. “Anugerah Tokoh Siswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi merupakan satu platform yang besar dan anugerah yang dianggap berprestij peringkat kebangsaan dalam dunia Kepimpinan mahasiswa di Malaysia. saya amat berharap calon-calon yang bertanding dalam anugerah kepimpinan ini dapat mengangkat nama UiTM di peringkat ATS khususnya Kategori Majlis Perwakilan Pelajar agar kita sentiasa seiring dan relevan dengan barisan IPT Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) yang lain.”

“Inisiatif ini adalah berfokus dalam menghargai jasa baik barisan MPP UiTM sepanjang setahun tempoh perkhidmatan dan mengangkat nilai kepimpinan dalam penganjuran pelbagai aspek untuk pihak Universiti mengenal pasti pada peringkat awal untuk pencalonan Anugerah Tokoh Siswa. Saya yakin penganjuran ini sewajarnya dititikberatkan dalam memastikan barisan MPP yang bakal dinobatkan sebagai pemenang nanti mampu menjadi pemimpin dan cerminan yang baik untuk mahasiswa lain,” ujar beliau.

Pelaksanaan MAPAM adalah berasaskan penilaian terhadap keterlibatan MPP UiTM dalam penganjuran program-program berimpak tinggi, inisiatif-inisiatif yang membantu mahasiswa di kampus dan segala keterlibatan berbentuk sumbangsih seperti sukarelawan, fasilitator, panel penceramah, juri jemputan dan seumpamanya. Malah, MAPAM juga merupakan satu medium baharu kepada MPP UiTM untuk bersaing secara sihat dalam mendapatkan gelaran penerima anugerah.

MAPAM 2023 telah mempertandingkan sembilan (9) Anugerah Kepimpinan dan tiga (3) Anugerah Utama untuk direbut oleh empat belas (14) badan MPP UiTM se-Malaysia. Setiap kategori anugerah dipecahkan kepada tiga pencapaian iaitu emas, perak dan gangsa. Sebanyak 154 pencalonan secara keseluruhan telah bertanding dan MAPAM 2023 telah diungguli oleh MPP UiTM Shah Alam yang mendapatkan gelaran Anugerah Kepimpinan Platinum Majlis Perwakilan Pelajar UiTM se-Malaysia sesi 2021/2022.

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000