Latest News

Gerakan Kelestarian Kampus UiTM Cawangan Kelantan: Kempen Amalan 3R

MACHANG, 26 Disember – Kempen amalan 3R (Reduce; Kurangkan/ Reuse; Guna Semula/ Recycle; Kitar Semula) telah dilancarkan sempena Minggu Kelestarian Kampus UiTM Cawangan Kelantan

yang bermula 17 sehingga 22 Disember 2022. Kempen ini diinisiatifkan oleh Unit Kampus Hijau UiTMCK sebagai langkah susulan bagi memastikan matlamat program pengwujudan Tong Sampah 3R oleh Bahagian Pengurusan & Fasiliti UiTMCK tercapai. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Hj. Mohd Fozi Ali, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UiTM pada 20 Julai 2022 yang lalu.

Kempen kesedaran ini disasarkan ke seluruh warga kampus sama ada di peringkat bahagian, fakulti atau unit sehinggalah kelab-kelab pelajar. Melihat kepada peratusan penggunaan bahan berasaskan plastik dan kertas memang tidak dinafikan lagi bagi sesebuah pusat pengajian tinggi dan tidak terkecuali UiTM Cawangan Kelantan. Kedua-dua bahan ini banyak digunakan dalam aktiviti harian warga kampus sama ada staf atau pelajar bergantung kepada jenis aktiviti atau lokasi. Bagi aktiviti akademik pastinya tidak lari dari penggunaan kertas manakala bahan plastik pula banyak digunakan pada pembungkusan makan atau minuman. Dua bahan yang disenaraikan tadi mempunyai kepentingan kepada warga kampus dalam melengkapkan aktiviti harian. Namun penggunaan tanpa kesedaran dan pengetahuan bakal menyumbang kepada bencana dan kerosakan alam sekaligus mengelakkan lambakan sisa di pusat pelupusan daerah Machang.

Atas tanggungjawab dan peranan yang perlu dikoordinasikan oleh Unit Kampus Hijau (UKH) di samping membantu Bahagian Pengurusan Fasiliti sebagai pemilik PI (Performance Indicator) yang berperanan besar bagi mencapai pelaksanaan kampus lestari. Satu program kempen kesedaran amalan 3R secara lebih meluas dan berterusan antaranya adalah sesi penyerahan bahan kempen berbentuk bunting dan poster ke seluruh bahagian dan unit telah dilaksanakan pada 21 Disember 2022 oleh YBhg. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi bertempat di Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni. Usaha ini adalah sebahagian antara pengisian aktiviti sempena penganjuran Minggu Kelestarian Kampus Hijau (MiKKH) 2022 UiTM Cawangan Kelantan dan penganjuran Festival Kelestarian Kampus Hijau UiTM 2022 yang dianjurkan oleh pihak UiTM Green Center (UGC) bermula 01 November sehingga 31 Disember 2022.

“Jangan Sekali-Kali Memandang Rendah Nilai Perubahan Kecil”

 

More News

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000