Latest News

Program Bicara Kontrak Sosial: Peranan UiTM dalam Memartabatkan Kontrak Sosial Negara

MACHANG, 6 Oktober – Satu program Bicara Kontrak Sosial: Peranan UiTM dalam Memartabatkan Kontrak Sosial Negara telah berjaya dilaksanakan oleh IMPAK UiTM Cawangan Kelantan

dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan selaku penganjur program yang telah diamanahkan oleh Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program yang berlangsung selama empat (4) jam pada 28 September 2022 ini telah menyasarkan 300 peserta iaitu 150 orang daripada kumpulan akademik dan 150 orang lagi daripada kumpulan bukan akademik UiTM Cawangan Kelantan.

Program Bicara Kontrak Sosial ini adalah satu program jelajah ke seluruh cawangan UiTM dan UiTM Cawangan Kelantan telah terpilih sebagai cawangan sulung untuk diadakan program ini. Pengarah IMPAK UiTM iaitu Dr. Samsuddin Wahab sendiri telah menjadi ahli panel dalam program ini.

Alhamdulillah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Bicara Kontrak Sosial ini. Semoga isi kandungan dan objektif serta hasrat program mampu menyemarakkan lagi semangat dan jati diri warga kampus UiTMCK.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000