Convocation News

IPT perlu sediakan program bentuk pembangunan bakat, sahsiah graduan

Shah Alam: Semua institut pengajian tinggi (IPT) perlu menyediakan program yang dapat membentuk pembangunan bakat dan sahsiah graduan secara langsung dengan dunia sebenar.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertitah, universiti perlu memberi 'kepercayaan' kepada pelajar untuk memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan mereka kepada komuniti.

Baginda bertitah, kebolehpasaran adalah salah satu indikator kepada kerelevanan program dan ketersediaan graduannya dalam sesebuah universiti. "Perlu kita akui, bahawa pembangunan bakat adalah elemen penting dalam membantu meningkatkan ekonomi negara. 

"Pembangunan bakat ini pula perlu diterapkan nilai-nilai insaniah bagi pembentukan sahsiah graduan. Ia adalah suatu pendekatan yang menekankan pada perkembangan individu secara holistik merangkumi aspek moral, etika, dan kemanusiaan.

"Rentetan daripada itu, suka saya tekankan, agar semua IPT seharusnya menyediakan program yang dapat membentuk pembangunan bakat dan sahsiah graduan secara langsung dengan dunia sebenar. "Kita perlu memberi kepercayaan kepada pelajar untuk memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan mereka kepada komuniti," titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di sini, hari ini.

 

Read More

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: +603-5544 2000