DIARI PEWANI 2004
(1 Okt 31 Disember 2004)
DIARI PEWANI (1 Okt 31 Disember 2004)
Assalamualaikum semua ahli PEWANI yang dikasihi,
Setelah lima diari PEWANI dapat dipaparkan bermula dari Mei 2003, bertemu lagi dalam keluaran diari di akhir tahun 2004, diari PEWANI yang keenam. Sesungguhnya di akhir tahun ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli yang telah bersama menjayakan segala aktiviti PEWANI di sepanjang tahun 2004. Moga hadirnya tahun 2005, lebih banyak aktiviti yang bermanafaat dapat dijalankan demi kebaikan ahli PEWANI. Bersama ini saya sertakan diari PEWANI untuk perkembangan aktiviti yang telah dijalankan oleh PEWANI Shah Alam suku penggal akhir 2004.
1. Bersama Puan Sri Faridah
Lawatan rasmi Ketua Audit Negara bersama isteri Puan Sri Faridah telah berjalan dengan lancar pada 5 Oktober. Majlis berasingan Puan Sri bersama PEWANI telah diadakan dengan serba ringkas. Yg Di Pertua PEWANI, Datin Seri Zahariah telah membentangkan aktiviti PEWANI dan mengiringi Puan Sri melawat bilik gerakan PEWANI.
2. Hari Wanita
Sambutan Hari Wanita di PWTC telah dihadiri oleh tiga orang ahli PEWANI mewakili persatuan pada 8 Oktober 2004. Dato Seri Sharizat telah merasmikan Hari Wanita yang berlangsung sehingga 10 Oktober 2004.
3. Majlis Penyerahan Cek oleh Kooperasi UiTM Bhd
Bertempat di Concorde Hotel Shah Alam pihak Kooperasi UiTM Bhd telah mengadakan sebuah majlis pada malam 12 Oktober 2004 sempena meraikan persaraan dua orang ahli lembaga Kooperasi serta penyerahan cek berjumlah RM 10000 keapda PEWANI. Satu tahun yang lalu, sebuah majlis sedemikan telah diadakan oleh pihak PEWANI. Upacara penyerahan cek berjalan ringkas disampaikan oleh Dato Prof Dr Abdul Halim kepada Yg Bhg Datin Seri Zahariah Mohamed. Ini merupakan hasil usahasama PEWANI-Kooperasi yang ketiga dalam penjualan bunga perayaan konvokesyen UiTM. Pihak PEWANI amat berbesar hati di atas gandingan mantap ini.
4. Kem Bina Insan Cemerlang
Kem Bina Insan telah ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Institut Perkembangan Minda (InMinds), dan CITU serta PEWANI dari UiTM. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Ahmad Nawawi Dato M. Zin, EXCO Pendidikan (ADUN Kota Anggerik). Seramai 145 remaja berumur lingkungan 15 hingga 17 tahun telah menghadiri kem yang diadakan dari 29 31 Oktober 2004 di Pusat Islam dari kalangan anak staf dan pelajar sekolah SAMTTAJ Shah Alam. Bayaran sebanyak RM 20 telah dikenakan bagi setiap penyertaan yang mana peserta mendapatnya kembali dalam bentuk kemeja T. Pengisian kem merupakan bicara Ad Din yang telah disampaikan oleh Dr Syarifah Hayati Syed Ismail dan Ustaz S. Salehuddin Suyurno, ceramah dan qiyamulail. Penginapan telah disediakan di Kolej Seroja dan Kolej Perindu. PEWANI mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.
5. Karnival Aidilfitri & Back To School PEWANI Kooperasi UiTM Berhad
Pada 1 hingga 10 November 2004 telah berlangsung satu karnival aidilfitri di dataran Menara SAAS, UiTM yang dianjurkan bersama dengan Kooperasi UiTM Berhad. Hasil perkongsian sewaan tapak diserahkan kepada Tabung Kebajikan PEWANI bagi pengumpulan dana. Barangan telah dijual bagi memudahkan semua warga UiTM membuat persiapan untuk hari raya dan keluarga ke sekolah 2005.
6. KMSM dan AKA
Majlis Kenangi Mereka Sayangi Mereka dan Majlis Kecemerlangan Akademik Anak Ahli Pewani telah dijalankan dengan mesranya di Dewan Bankuet Intekma Resort pada 5 November 2004. Penasihat PEWANI, Y.Bhg Dato Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah telah menyampaikan sumbangan Kenangi Mereka Sayangi Mereka kepada 25 orang anak yatim dan 11 orang balu. Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Anak Ahli Pewani bagi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2003 pula telah disampaikan oleh Y. Bhg Datin Seri Zahariah Mohamed kepada 11 penerima UPSR, 16 penerima PMR dan 9 penerima SPM. Majlis diakhiri dengan majlis berbuka puasa yang ditaja oleh Intekma Resort. PEWANI mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan pihak Intekma Resort.
7. Jamuan Raya PEWANI
Jamuan raya telah diadakan pada 30 November 2004 di Canseleri Lama. Seramai 100 ahli telah dapat meluangkan masa bermesra sambil menikmati juadah seperti laksa johor, lemang dan sebagainya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin dari ahli jawatankuasa PEWANI 2003/2005.
8. Jamuan Raya Perdana
PEWANI turut menjayakan jamuan raya perdana yang telah diadakan pada 8 Disember 2004 yang menyaksikan perhimpunan kakitangan UiTM meraikannya di Menara SAAS. PEWANI turut meluangkan masa dan bantuan bagi menjayakan jamuan yang telah diadakan oleh persatuan dalaman UiTM.
9. Mesyuarat AJK Induk.
Mesyuarat Induk diadakan pada 22 Okt dan 3 Nov 2004.
9. Aktiviti akan datang / sedang dirancang
a. AGM awal Mac 2005
Semoga maklumat ringkas ini dapat memberi ahli PEWANI yang dikasihi berita mutakhir persatuan. Sempena kehadiran tahun baru 2005, kami JK Induk PEWANI ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga kehadiran 2005 akan terus menjadi lebih bermakna dalam lipatan sejarah hidup kita. Bagi mangsa bencana Tsunami pada 26 Disember 2004, marilah kita beri apa jua sumbangan yang termampu oleh kita dan Al Fatihah kepada semua umat Islam yang telah terkorban. Al Fatihah. Sekian, harap dapat panjangkan diari ini kepada ahli pewani yang tidak tersenarai dalam alamat email ini.
Sekian, Wassalam.
Siti Hawa Hamzah
Timbalan Yang Di Pertua PEWANI UiTM
DIARI PEWANI (1 Julai 30 Sept
2004)
Assalamualaikum semua ahli PEWANI yang dikasihi,
Bertemu lagi dalam keluaran diari yang kelima. Bersama ini saya sertakan diari PEWANI untuk perkembangan aktiviti yang telah dijalankan oleh PEWANI Shah Alam.
Rombongan Cik Zah telah berjaya mengumpulkan lebih dari 50 orang ahli PEWANI untuk sama mengeratkan silaturrahim dengan ahli PEWANI UiTM Johor pada 3 Jul 2004. Walaupun cuti sabtu, dua buah bas telah bertolak dari Shah Alam pada jam 8.30 pagi dan sampai ke UiTM Cawangan Johor pada jam 11.30 pagi. Jamuan ringan telah disediakan oleh pihak PEWANI UiTM Johor. Kedua-dua pihak telah membentangkan aktiviti yang telah dijalankan dan yang ada dalam perancangan. Setelah solat zohor, ahli PEWANI Shah Alam telah mengambil kesempatan menjana ekonomi penduduk Segamat. Sebelum berangkat pulang ke Shah Alam semua ahli PEWANI telah dijamu dengan mee bandung Jementah. Rombongan Cik Zah sampai ke Shah Alam pada jam 10 malam.
2. Nur Hawa Wanita Srikandi Penawar Hati
PEWANI dengan kerjasama HEP dan Majlis Perwakilan Pelajar buat julung-julung kali telah mengadakan program Nur Hawa yang telah dirasmikan oleh Yg Bhg Dato Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri pada malam 13 Jul 2004 di Kompleks Sukan UiTM. Pengisian program termasuklah pemeriksaan kesihatan wanita, bengkel solekan, seni lipatan dan pertunjukan masakan. Program pengisian telah diatur dengan bijak oleh pihak MPP dan mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. PEWANI ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Nur Hawa dan MPP khasnya kerana telah berjaya mengadakan program yang sungguh bermanafaat sehingga 16 Jul 2004.
3. Senaman Poco-Poco
Bermula dari 3 Ogos 2004, satu aktiviti senaman yang dinamakan Poco-Poco telah mula dijalankan di Gimnisium FSSR, Bangunan ROTU Lama, pada setiap hari Selasa, jam 5.00 6.00 petang. Ada jurulatih khas yang telah diperuntukkan oleh pihak FSSR bagi senaman ini. PEWANI ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dekan FSSR dan tenaga pengajar dari FSSR di atas kesudian pihak FSSR memberi bimbingan dan tempat untuk ahli PEWANI beriadah.
4. Ceramah : Kesedaran Keselamatan Diri Ketika Di Jalanan
PEWANI dengan kerjasama pelajar Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan Perniagaan telah menganjurkan ceramah pada 14 Ogos 2004 di Bilik Seminar, FSG. Pegawai Unit Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah hadir untuk memberi ceramah. Satu pameran juga telah diadakan di Foyer Fakulti Sains Gunaan
5. Ceramah Pengendalian Stres Melalui Aromaterapi
Pada 25 Sep 2004, satu ceramah aromaterapi telah disampaikan oleh Dr. Fauziah Md Desa, CEO syarikat Fyto Elegance Sdn. Bhd. Penceramah mempunyai PhD dalam bidang Farmakologi dari University of London dan pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar selama 15 tahun di USM. Ceramah diadakan di Bilik Melati Emas, Kolej Melati. Seramai 14 orang peserta telah menghadiri ceramah yang diadakan secara percuma kepada warga UiTM. Antara perkara menarik yang telah disampaikan ialah penerangan tentang aromaterapi dari sudut sains khususnya cara minyak aromatik memberikan kesan positif terhadap mood dan daya ingatan. Selain itu, peserta telah diajar teknik pernafasan yang betul dan teknik mengurut diri sendiri untuk melegakan stres.
6. Mesyuarat AJK Induk.
Mesyuarat Induk yang kesembilan, kesepuluh telah diadakan pada 28 Jul 2004 dan 11 Sep 2004 masing-masing bagi membincangkan aktiviti akan datang.
b. Khemah Ramadhan bersama JAIS
c. KMSM dan AKA tentatif 5 November 2004 (Jumaat)
8. Makluman KMSM dan AKA 2004
Bagi program KMSM, kami memohon agar semua ahli dapat memberikan nama dan maklumat anak-anak yatim sahabat handai dari kalangan Allahyarham dan Allahyarhamah yang pernah berkhidmat di UiTM Shah Alam sebagai bakal penerima sumbangan pada majlis yang akan diadakan tidak lama lagi kepada Puan Norlidah Marzuki atau Puan Raudzah Roslan. Sumbangan ini akan diberikan kepada anak-anak yang telah kehilangan tempat berpaut dari tahun 2002, 2003 dan 2004 sahaja mengikut ketetapan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat ajk tahun lepas.
Bersama ini disenaraikan seramai 25 penerima AKA 2004, iaitu anak-anak ahli yang telah menduduki peperiksaan pada 2003. Sila berhubung dengan Prof Madya Ir Siti Hawa Hamzah jika ada sebarang kemusykilan dan tambahan sebelum 7 Oktober 2004 di talian 6437.
|
Bil |
Penerima UPSR 2003 5A |
Nama Ahli PEWANI |
Bahagian/Fakulti |
|
1 |
Abdul Khaliq Hamidun |
Wan Zalmi Wan Ahmad |
Bhg P'yngaraan |
|
2 |
Ahmad Fuad Ramathan Mohd Shaarani |
Satiah Hassan |
F Perubatan |
|
3 |
Aiman Iqmal Mohd Muhid |
Norleza Abu Shah |
In ED |
|
4 |
Ainul Farhana Ahmad |
Halimah Yusof |
FPP |
|
5 |
Amir Arshad Azman |
Aminah Nik Taib |
FTMSK |
|
6 |
Muhamad Syukri Ahmad |
Sharirah Hj Ali |
Bhg P'yngaraan |
|
7 |
Muhammad Ali Husaini Mohd Thola'at |
Siti Salina Ghazali |
FP |
|
8 |
Muhammad Hariz Mohd Rosli |
Nor Ashikin Mohamed Noor Khan |
FSG |
|
Bil |
Penerima PMR 2003 min 8A |
Nama Ahli PEWANI |
Bahagian/Fakulti |
|
1 |
Ahmad Mustafa Kamal Salim |
Fadzilah Azam Ahmad |
FPP |
|
2 |
Hazureen Mohd Halimi |
Wan Zawiyah Hj Wan Abdullah |
HEP |
|
3 |
Mohd Ilman Ahmad |
Sharirah Hj Ali |
Bhg P'yngaraan |
|
4 |
Muhammad Asyraq Nor Hadi |
Dr Rose Nani Yahya |
Unit Gigi |
|
5 |
Muhammad Fikri Abdul Halim |
Ainon Ibrahim |
Pendaftar |
|
6 |
Muzzammil Mohd Khairi |
Mazzini Muda |
FPP |
|
7 |
Nabila Mohd Azizan |
Dr Noraini Ismail |
FPP |
|
8 |
Nurul Huda Yasim |
Fazilah Ismail |
FTMSK |
|
9 |
Salina Mohd Nazri |
Asiah Abdullah |
FSG |
|
10 |
Saliza Mohd Nazri |
Asiah Abdullah |
FSG |
|
11 |
Syazwani Rozlan |
Zainab Mohamed |
FKA |
|
12 |
Wan Mohd Afiq Sariat |
Raja Faridah Raja Mohd Shariff |
Bhg P'yngaraan |
|
Bil |
Penerima SPM 2003 min 8A |
Nama Ahli PEWANI |
Bahagian/Fakulti |
|
1 |
Ameera Syazana Amiruddin |
Sharrifah Ali |
F Peng & Tek Pej |
|
2 |
Azlan Kamal Ibrahim Kamal |
Zainah Abu Bakar |
Perolehan Bendahari |
|
3 |
Dayana Abdul Bari |
Dr Hjh Zahrah Mokhtar |
Pendaftar |
|
4 |
Muhammad Arif Khairudin |
Kasmawati Mohamed |
FSG |
|
5 |
Nur Asyarina Mohammed Sabri |
Norizan Ab Ghani |
Bendahari |
Surat jemputan bagi majlis KMSM dan AKA 2004 akan diedarkan pada pertengahan Oktober 2004.
Semoga maklumat ringkas ini dapat memberi ahli PEWANI yang dikasihi berita mutakhir persatuan. Sempena kehadiran Ramadhan yang mulia ini, kami JK Induk PEWANI ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan menyediakan persiapan Hari Raya. Sekian, harap dapat panjangkan diari ini kepada ahli PEWANI yang tidak tersenarai dalam alamat email ini.
Sekian, Wassalam.
Siti Hawa Hamzah
Timbalan Yang Di Pertua PEWANI UiTM
30 Sep 2004
DIARI PEWANI (1 Apr 31 Jun 2004)
Assalamualaikum semua ahli PEWANI yang dikasihi,
Bertemu lagi dalam keluaran diari yang keempat setelah tiga keluaran sebelum ini dapat memberikan sedikit info kepada ahli PEWANI. Bersama ini saya sertakan diari PEWANI untuk perkembangan aktiviti yang telah dijalankan oleh PEWANI Shah Alam.
1. Bilik PEWANI Shah Alam
Bilik PEWANI Shah Alam berwajah baru dengan pembaikan yang telah diusahakan oleh Biro Rekreasi dan Sukan PEWANI pada awal Mac 2004. Kerja pembaikan telah siap pada 26 April 2004. Mesyuarat J/K PEWANI akan diadakan dibilik PEWANI mulai Mei 2004.
2. Laman Web PEWANI
Laman web PEWANI telah dibangunkan oleh Biro ICT PEWANI dan telah dilancarkan pada Mesyuarat Agung Tahunan 2004 pada 30 April 2004 di Hotel UiTM. Semua ahli bolehlah melawat www.uitm.edu.my/pewani dan menyumbang ide melalui laman web ini. Segala maklumat boleh disampaikan melalui email kepada shireen738@salam.uitm.edu.my atau telefon ke UPENA 55442141.
3. Mesyuarat Agung Tahunan 2004
Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan pada 30 April 2004 di Hotel UiTM jam 9.00 pagi. Seramai 100 orang ahli telah hadir. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan kini PEWANI telah bertapak di semua kampus cawangan. Adik bongsu PEWANI ialah PEWANI Cawangan Negeri Sembilan. Pindaan perlembagaan dijadikan isu utama pada mesyuarat kali ini dan Cik Rabihah Ismail dari Bahagian Pengambilan Pelajar telah diterima sebulat suara sebagai Penolong Setiausaha I menggantikan Pn Khasiah yang telah bertukar ke UiTM Pahang. PEWANI merakamkan ucapan terima kasih kepada sumbangan Pn Khasiah semasa beliau berada di Shah Alam. Yg Bhg Datin Seri Zahariah Mohamed juga telah melancarkan semula laman web PEWANI. Mesyuarat bersurai pada jam 12.15 tengahari setelah semua Pengerusi atau wakil PEWANI kampus cawangan membuat pembentangan masing-masing.
4. Baking Class
Pada 14 Mei 2004 bertempat di Pastry Kitchen, Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan satu Baking Class telah diadakan bagi ahli PEWANI mendalami ilmu membuat kek dan pastri. Juadah yang telah di tunjuk ajar oleh Prof Madya Norani Sidek ialah Cheese Cake, Puff Pastry dan Tartlets. Juadah bonus ialah teknik membuat donuts. Setiap ahli dikenakan bayaran sebanyak RM 25 bagi menampung perbelanjaan. Yang Berbahagia Datin Seri Zahariah Mohamed turut mengikuti kelas ini. Ada cadangan dari ahli yang hadir untuk mengadakan kelas barbecue dan western menu. Oleh itu bagi sesiapa yang berminat sila hubungi Datin Azizan Mohd Jan, 5543 5662 atau 016 210 2328.
5. Ceramah
En Kamal Affendi telah memberikan ceramah di atas tajuk Kempen Pencegahan Jenayah pada 19 Mei 2004 di Annexe, DSB, jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Yg Bhg Datin Seri Zahariah Mohamed bersama 30 orang ahli telah menghadiri ceramah yang sungguh bermanafaat. Namun sambutan dingin dari ahli tidak melemahkan semangat AJK untuk menganjurkan ceramah ini sekali lagi pada bulan September 2004 bersama HEP. Penceramah telah menunjukkan teknik yang perlu diambil jika diserang dari pelbagai sudut termasuklah serangan ragutan beg tangan.
6. Hari Kesihatan - Kesihatan Pekerja Alaf Tahun 2004
PEWANI bersama KKUiTM telah menjayakan Hari Kesihatan di Annexe DSB pada 22 Mei 2004. Kehadiran ahli seramai 120 orang sungguh memberangsangkan. Dua orang penceramah P.M Zulkifli Abdul Kadir dari Fakulti Sains Sukan & Rekreasi dan P.M. Dr. Adlina Abdullah, Fakulti Farmasi telah di undang untuk mengendalikan program ini.
7. Mesyuarat AJK Induk.
Mesyuarat Induk yang ketujuh dan kelapan telah diadakan pada 28 Mei 2004 dan 16 Jun 2004 masing-masing bagi membincangkan persiapan perasmian pejabat PEWANI dan aktiviti akan datang.
b. Perasmian pejabat PEWANI
c. Persiapan untuk KMSM dan AKA tentatif 5 November 2004 (Jumaat)
d. Lawatan ke Padang & Bukit Tinggi, Indonesia tentatif 28-31 Disember 2004
Semoga maklumat ringkas ini dapat memberi ahli PEWANI yang dikasihi berita mutakhir persatuan. Diharapkan semua ahli PEWANI dapat menyemak perlembagaan kerana AJK sedang mengumpul maklumat sebelum pindaan dibentangkan pada mesyuarat agung 2005 untuk persetujuan ahli. Semua maklumat boleh disampaikan kepada TYDP di email shh@salam.uitm.edu.my atau 03 5543 6437. Sekian, harap dapat panjangkan diari ini kepada ahli pewani yang tidak tersenarai dalam alamat email ini.
Sekian, Wassalam.
Siti Hawa Hamzah
Timbalan Yang Di Pertua PEWANI UiTM
30 Jun 2004
DIARI PEWANI (1 Jan 31 Mac 2004)
Assalamualaikum semua ahli PEWANI yang dikasihi,
Bertemu lagi dalam keluaran diari yang ketiga setelah dua
keluaran sebelum ini dapat memberikan sedikit info kepada ahli PEWANI. Bersama ini saya sertakan diari PEWANI untuk
perkembangan aktiviti yang telah dijalankan oleh PEWANI Shah Alam.
1.
Majlis Yassin Ibadat Haji 2004
Pada 9 Jan bertempat di Surau
Kolej Melati jam 12.15 tgh satu majlis bacaan Yassin untuk meraikan
keberangkatan Yang Di Pertua PEWANI dan ahli PEWANI mengerjakan ibadat haji
telah diadakan dengan diketuai oleh Ustazah Asiah dari PPI. Majlis bermula dengan tazkirah, solat zuhr
berjemaah dan diakhiri dengan sedikit jamuan makan tengahari. Seramai lebih 30 orang ahli PEWANI telah
menjayakan program ini dan diraikan bersama oleh siswi dari Kolej Melati
menjadikan majlis Yassin melebihi dari 150 orang.
2. Majlis Qurban 1424 H / 2004 M
Sumbangan RM 200 untuk majlis yang diadakan pada 12 Zulhijjah 1424 H
bersamaan 3 Februari 2004 telah disampaikan kepada pihak jawatankuasa. Alhamdullillah pihak JK Korban/Aqiqah 1424 H
/ 2004 M telah dapat menyempurnakan sembelihan hampir 30 ekor lembu dan
kambing.
3. Program Mesra Bersama Pemimpin NGO & BALKIS
Satu program telah berlangsung pada Isnin 9 Feb 2004 di Dewan
Megawati Kediaman Rasmi YAB MB Selangor. PEWANI telah diwakili oleh 11 orang
ahli yang telah mendapat serba sedikit manfaat melalui ceramah Undang-undang Menangani Keganasan
Rumahtangga dan Undang-undang Pengangniayaan Kanak-kanak oleh YM Tengku Naufal
Tengku Mohd Mansor. Selepas ceramah, sambil makan tengahari ahli dapat berkenal mesra bersama YBhg. Datin Seri
Zahrah Kechik isteri MB Selangor dan wakil-wakil NGO yang lain.
4. Majlis Yassin Arwah
Satu majlis tahlil dan bacaan Yassin telah
diadakan pada 12 Mac oleh Jawatankuasa Kecil Pembangunan Insan PEWANI, jam
12.30 tgh di Surau Kolej Melati buat Allahyarhamah Rahimah Saad, bonda YB Dato
Seri Prof Dr Hj Ibrahim Abu Shah,
Allahyarhamah Norhayati Mohd Taib, kakitangan di pejabat Bendahari
(isteri PM Abd Rahman Jantan), Timbalan Ketua EDC, Encik Ibni Redzuan Ibrahim, pensyarah di
Fakulti Sains Pentadbiran serta secara umumnya kepada semua kaum keluarga dan
rakan kita yang telah mendahului kita.
Pada masa yang sama majlis juga turut mendoakan agar PM Dr. Mohd Nizar
Hj.Hassan, pensyarah Fak. Kej. Kimia cepat sembuh. Majlis telah diserikan
dengan kehadiran Yang Di Pertua PEWANI dan ahli PEWANI dengan diketuai oleh
Ustazah Che Zaharah Abdullah, pensyarah CITU. Majlis diakhiri dengan sedikit
jamuan makan tengahari.
5. Bilik PEWANI Shah Alam
Bilik PEWANI Shah Alam berwajah baru dengan
pembaikan yang telah diusahakan oleh Biro Rekreasi dan Sukan PEWANI pada awal
Mac 2004. Kerja pembaikan insyaAllah
akan siap tidak lama lagi.
6. Laman
Web PEWANI
Laman web PEWANI sedang dibangunkan oleh
Biro ICT PEWANI dan akan dilancarkan pada mesyuarat agung tahunan 2004
ini. Nantikanlah kehadirannya !
7. Mesyuarat AJK Induk.
Mesyuarat Induk yang keenam telah diadakan pada 27 Mac 2004 di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengambilan Pelajar bagi membincangkan persediaan Mesyuarat Agung Tahunan.
8.
Maklumat Tambahan (Diari Okt Dis 2003)
Majlis Jamuan Raya Bersama Persatuan Dalaman dan
Canseleri.
Satu majlis telah diadakan bagi merapatkan silaturahim di antara semua kakitangan UiTM pada 24 Disember 2003. Pihak PEWANI telah turut memberi sumbangan bagi memeriahkan lagi majlis itu.
a. Mesyuarat Agung Tahunan pada 30 April 2004 di Hotel UiTM jam 9.00 pagi.
Semoga maklumat ringkas ini dapat memberi ahli PEWANI yang dikasihi berita mutakhir persatuan. Pada ahli yang mana anak-anak mereka telah mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2003, harap tidak lupa tarikh akhir menghantar borang ialah pada 30 Jun 2004. Sekian, harap dapat panjangkan diari ini kepada ahli pewani yang tidak tersenarai dalam alamat email ini.
Sekian, Wassalam.
Siti Hawa Hamzah
Timbalan Yang Di Pertua PEWANI UiTM
31 Mac 2004