Pelajar dan Pensyarah FSSR Johan Pertandingan Reka Bentuk Malaysia

Pelajar dan Pensyarah FSSR Johan Pertandingan Reka Bentuk Malaysia

KUALA LUMPUR - Dengan tema ‘Pembelajaran Melalui Rekabentuk’, Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2014 yang merupakan acara tahunan anjuran Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) antara lain bertujuan menemukan idea kreatif dan inovatif pereka tempatan ke arah pembangunan dan pengkomersilan bagi sektor pembuatan.

Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung pada 18 Mac 2015 di Menara MATRADE di mana pelajar Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR), Shah Alam saudara Muhammad Alif Abu Ramli dari jurusan Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Perindustrian diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai RM7,000.00 beserta trofi dan sijil. Rekaan beliau yang bertajuk ‘Maszle’ merupakan alat bantuan belajar yang dapat merangsang perkembangan minda semasa aktiviti Pembelajaran & Pengajaran (P&P) di peringkat sekolah rendah dijalankan.

Sementara kategori profesional diungguli oleh En. Mohd Norhan Dulkahar, pensyarah seni reka perindustrian, FSSR dan alumni FSSR UiTM En. Muhammad Hazman Abdul Malik yang kini berkhidmat di Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. Rekaan mereka yang bertajuk ‘Terraria’ memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan bereksperimentasi dalam aktiviti sains dengan penuh keseronokkan serta mudah difahami. Juara bagi kategori profesional mendapat ganjaran tunai RM10,000.00 beserta trofi dan sijil.

2 hadiah saguhati pula diberikan kepada saudara Shah Fazizi Hisammudin, dan saudara Kamal Shaari sementara 2 hadiah khas diberikan kepada saudari Qatratun Nada Alkhairi Akhiar, dan Afira Hanim Amir. Kesemua mereka adalah dari jurusan yang sama.

Pertandingan yang turut disertai oleh pelajar dari IPTA/IPTS lain ini, diadili oleh 8 orang juri profesional yang mewakili agensi kerajaan dan badan korporat.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. -gesturz

FSPU Rekabentuk FSPU Rekabentuk2

UiTM JUARA SHELL ECO MARATHON ASIA 2015

Pelajar cipta kenderaan mesra alam sekitar bagi memperingati nahas MH370

MANILA, Filipina – Shell Ltd telah menganjurkan satu pertandingan Shell Eco Marathon Asia 2015 (SEM2015) di Luneta Park, Manila pada 26 Februari 2015 sehingga 1 Mac 2015 yang lalu. Pertandingan kereta ini dinilai dari segi konsep reka bentuk, sistem, dan kecekapan penjimatan tenaga yang digunakan. Pertandingan ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari institusi pengajian tinggi kejuruteraan seluruh Asia khususnya Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, United Arab Emirates, Japan, Pakistan, Egypt, Vietnam dan lain-lain.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menghantar dua pasukan, UiTM ECO PLANET dan UiTM ECO SPRINT untuk menyertai pertandingan SEM2015 tersebut yang terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UiTM. Kedua-dua pasukan ini telah menjuarai kategori masing-masing yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak US$2000.00. UiTM ECO PLANET telah menjuarai kategori Urban Concept: Hydrogen Fuel Cell dengan bernama RedHydro Kurita. Manakala UiTM ECO SPRINT telah menjuarai kategori Prototype: Hydrogen Fuel Cell dengan ciptaan kereta bernama -MH37017. Ini adalah tahun ke-dua berturut-turut UiTM memenangi kategori yang sama.

Penasihat teknikal kumpulan tersebut, Zulqarnain Mat Zaki, berkata mereka tergerak untuk menghasilkan kenderaan yang berinspirasikan nahas kapal terbang MH370 kerana secara kebetulan mereka pulang ke tanah air pada 8 Mac 2014 hari yang sama kapal terbang tersebut dilaporkan hilang selepas memenangi pertandingan sama tahun lepas.

“Kami mengambil keputusan untuk tidak hanya kembali ke pertandingan ini  dengan kenderaan yang lebih baik, tetapi juga mencari jalan untuk memperingati mangsa nahas tersebut untuk pertandingan tahun ini,” Kata Zulqarnain, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteran Elektrik yang merupakan pengurus kumpulan tahun lepas.
 
Selari dengan tema UiTM ECO PLANET, pasukan tersebut telah mengekalkan nama haiwan iaitu ‘Kurita’pada kereta. Manakala, UiTM ECO SPRINT mengenakan tema penghormatan terhadap tragedi MH370 dan MH17. Pada malam penutup pertandingan tersebut, kesemua pasukan telah membawa identiti dan budaya dari negara masing-masing. Tidak terkecuali pasukan dari UiTM yang mengenakan pakaian tradisional Malaysia.

Sebanyak 127 kumpulan daripada 17 negara termasuk 14 daripada Malaysia telah menyertai pertandingan tersebut tahun ini.

Pelajar dan Pensyarah FSSR Johan Pertandingan Reka Bentuk Malaysia

Pelajar dan Pensyarah FSSR Johan Pertandingan Reka Bentuk Malaysia

KUALA LUMPUR - Dengan tema ‘Pembelajaran Melalui Rekabentuk’, Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2014 yang merupakan acara tahunan anjuran Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) antara lain bertujuan menemukan idea kreatif dan inovatif pereka tempatan ke arah pembangunan dan pengkomersilan bagi sektor pembuatan.

Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung pada 18 Mac 2015 di Menara MATRADE di mana pelajar Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR), Shah Alam saudara Muhammad Alif Abu Ramli dari jurusan Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Perindustrian diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai RM7,000.00 beserta trofi dan sijil. Rekaan beliau yang bertajuk ‘Maszle’ merupakan alat bantuan belajar yang dapat merangsang perkembangan minda semasa aktiviti Pembelajaran & Pengajaran (P&P) di peringkat sekolah rendah dijalankan.

Sementara kategori profesional diungguli oleh En. Mohd Norhan Dulkahar, pensyarah seni reka perindustrian, FSSR dan alumni FSSR UiTM En. Muhammad Hazman Abdul Malik yang kini berkhidmat di Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. Rekaan mereka yang bertajuk ‘Terraria’ memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan bereksperimentasi dalam aktiviti sains dengan penuh keseronokkan serta mudah difahami. Juara bagi kategori profesional mendapat ganjaran tunai RM10,000.00 beserta trofi dan sijil.

2 hadiah saguhati pula diberikan kepada saudara Shah Fazizi Hisammudin, dan saudara Kamal Shaari sementara 2 hadiah khas diberikan kepada saudari Qatratun Nada Alkhairi Akhiar, dan Afira Hanim Amir. Kesemua mereka adalah dari jurusan yang sama.

Pertandingan yang turut disertai oleh pelajar dari IPTA/IPTS lain ini, diadili oleh 8 orang juri profesional yang mewakili agensi kerajaan dan badan korporat.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. -gesturz

FSPU Rekabentuk FSPU Rekabentuk2

IPNI Scholar Award 2014

The International Plant Nutrition Institute (IPNI) Scholar Award Program has once again expanded its reach by awarding Scholarships to 30 graduate students in 2014.  

The IPNI committee are pleased to announce that Suzie Haryanti Husain from the Faculty of Plantation and Agrotechnology, Universiti Teknologi MARA (UiTM) as one of 30 students to receive this international award.  Each scholar receives a certificate, the equivalent of US$2,000, and they are welcomed as the latest additions to a prestigious group of young scientists who have demonstrated great dedication and promise within their respective careers.

“We have had another record response to our Scholar Award program this year,” said Dr Terry L. Roberts, IPNI President.  “The global representation of universities and the wide array of fields of study that were represented in this year’s submissions were impressive.  The academic institutions these young people represent, and their professors and advisers, can be proud of their student’s accomplishments.  Our selection committee adheres to rigorous guidelines in considering important aspects of each applicant’s academic and personal achievements.”
Graduate students attending a degree-granting institution located in any country within an IPNI regional program are eligible.  The award is available to graduate students in science programs relevant to palant nutrition science and the management of crop nutrients including agronomy, horticulture, ecology, soil fertility, soil chemistry, crop physiology, environmental science, and others.


Pautan Kerajaan

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: