MASMED 1000 Pitching

PARALLAX ART HOUSE CINEMA, hasil kerja team animasi dari Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan MASMED 1000 Pitching peringkat UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana yang telah diadakan pada bulan Jun yang lalu.

Perkara yang telah dinilai pada penghasilan projek termasuk:
1. basic needs
2. emerging consumer expectations
3. drivers of change
4. innovation potential
5. target market
6. innovation


FiTA Parallax-Art-House1

TAJUK PROJEK: PARALLAX ART HOUSE CINEMA
PENASIHAT: PUAN SITI HAJAR AZNAM

AHLI KUMPULAN:
MOHD AKWA BIN MOHD ARIFIN
MUHAMMAD MIQDAM BIN ABDUL ADZIS
MOHD ARIF BIN KASSIM

Filem Chowrasta diiktiraf dalam Malaysia Book of Records

FiTA Chowrasta

Filem Chowrasta diiktiraf dalam Malaysia Book of Records selepas berjaya mengumpul 4,460 orang penonton pada tayangan perdananya.  Filem ini diiktiraf kerana ia merupakan kejayaan tayangan filem yang ditonton paling ramai dalam satu masa.

Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA), Profesor Datuk A. Razak Mohaideen yang juga pengarah filem tersebut berkata, kejayaan diperolehi adalah 100 peratus usaha yang dilakukan oleh pelajar FiTA.  Kejayaan tersebut merupakan hasil usaha dilakukan sepenuhnya daripada pelajar FiTA yang melibatkan 60 orang pelajar dan 25 pensyarah.

Antara artis yang hadir pada tayangan itu ialah Datuk Rosyam Nor dan Fauzi Nawawi.  Turut sama, Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Filem ini merupakan hadiah kepada Alumni UiTM supaya mereka akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh UiTM dalam mengubah destini anak bangsa serta tidak melupakan jasa yang dicurahkan. Filem ini adalah inspirasi yang dihasilkan daripada buku Mencorak Destini yang mengisahkan mengenai perjuangan hidup Tan Sri Naib Canselor dalam memertabatkan bangsa melayu.

Selain Datuk Rosyam Nor dan Fauzi Nawawi, artis yang terlibat dalam filem ini ialah Chem Amar, Nora Danish, Ristina Munim, Safiah Hanifah dan Wan Hanafi Su.

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam pada Disember depan dan pihak terlibat akan menjelajah ke 35 cawangan UiTM seluruh negara bagi mempromosikan filem ini.

Pautan Kerajaan

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: