UiTM juara cabaran Shell Eco-Marathon



KUALA LUMPUR: Pasukan Eco-Sprint dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul juara kategori Prototype Hidrogen dalam cabaran Shell Eco-Marathon yang berakhir di Singapura, hari ini.

Pencapaian itu adalah kejayaan kali keempat berturut-turut pasukan itu.

Turut membanggakan, pasukan Eco Voyager dari Universiti Malaya (UM) meraih tempat kedua bagi kategori sama dalam cabaran edisi kelapan Shell Eco-Marathon itu.

Tujuh pasukan daripada lima universiti awam dan swasta mewakili Malaysia dalam cabaran empat hari Shell Eco-Marathon Asia 2017 kali ini, sempena Festival Make The Future Singapore di Changi Exhibition Centre, sejak Khamis lalu.

Pertandingan yang mencabar peserta dalam aspek mereka bentuk, membina dan memandu kereta cekap tenaga ini disertai 118 pasukan penuntut universiti dari 20 negara Asia, Asia Barat dan Australia.



Selanjutnya di: http://www.bharian.com.my/node/261828

Baca juga di: http://www.nst.com.my/news/2017/03/222534/two-malaysian-varsities-win-shell-eco-marathon-2017

Pautan Kerajaan

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: