Perakuan Status Swaakreditasi

UiTM telah dipelawa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diberikan status swaakreditasi selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Akta Agensi Kelayakan Malaysia. Pelawaan ini merupakan satu pengiktirafan yang bermakna buat UiTM khasnya

Taklimat kepada semua universiti yang dipelawa telah diadakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 20 Mei 2014. Pihak pengurusan Universiti telah bersetuju untuk menerima pelawaan ini di mana fi sebanyak RM200,000.00 yang dikenakan oleh pihak MQA telah diluluskan dengan menggunakan peruntukan Dana Kecemerlangan UiTM.

Dengan persetujuan ini, UiTM akan tertakluk kepada audit institusi yang akan dilakukan oleh Agensi Kelayakan Malaysia MQA. Sebagai badan yang menguruskan semua hal ehwal kualiti, InQKA telah diamanahkan untuk menyediakan laporan Portfolio Penilaian Kendiri UiTM (Self Review Portfolio atau SRP) untuk kegunaan audit tersebut dan juga menyelaras lawatan audit oleh MQA pada tahun ini. Selaras dengan itu, penulis laporan bagi setiap bahagian SRP telah pun dikenalpasti dan bengkel untuk Penulis Utama telah diadakan pada 8 Ogos 2014 manakala bengkel untuk kesemua ahli pasukan penulis laporan SRP telah diadakan pada 29 Ogos 2014.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun fail di bawah.

Pautan Kerajaan

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: