Khasiat Ulam Dalam Coklat

Umum mengetahui makan ulam-ulaman baik untuk kesihatan. Malaysia kaya dengan ulam seperti pegaga, petai, pucuk gajus dan sebagainya. Berbanding masyarakat dahulu, generasi muda kurang gemar makan ulam. Ini kerana mereka banyak didedahkan dengan makanan segera yang dirasakan lebih mudah diperoleh.

CoklatUlam3

 Sekumpulan pelajar dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Shah Alam telah menghasilkan coklat dari petai dan pegaga. Hanis Nur Hanini Zulkipli dan ahli kumpulan memilih untuk menggabungkan makanan tradisi iaitu ulaman petai dan pegaga dengan coklat yang menjadi kegemaran remaja dan kanak-kanak. “Kami mengambil inisiatif untuk mempromosikan ulaman kampung kerana khasiatnya yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Oleh sebab coklat mudah menarik perhatian generasi muda, kami menggabungkan kedua-dua makanan ini untuk membolehkan mereka menikmati coklat kegemaran mereka di samping mendapat khasiat daripada ulaman tersebut”, jelas Hanis.


Hanis, pelajar sarjana muda menyatakan bahawa coklat ulam atau Green Chocolate ini dihasilkan menggunakan empat jenis ulam-ulaman iaitu pegaga, pucuk gajus, ulam raja dan petai. Ini kerana, berdasarkan kaji selidik yang telah mereka jalankan, ulam tersebut yang paling digemari oleh masyarakat. Beliau dan ahli kumpulannya mengambil ekstrak dari ulam tersebut dan dimasukkan ke dalam bancuhan coklat. Coklat ulam yang mereka hasilkan melalui ujian rasa dengan mengedarkan sampel coklat kepada para pelajar dan pensyarah UiTM. Maklum balas yang diterima ternyata mereka menggemari coklat ulam tersebut dan setanding dengan rasa coklat yang sedia ada di pasaran.


Ujar Hanis “Mungkin orang akan skeptikal apabila mendengar coklat petai. Namun, coklat ini sebenarnya elok untuk para pelajar kerana kandungan Vitamin A yang baik untuk mata manakala kalium mampu meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak seterusnya berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar”. Uniknya, coklat petai yang dihasilkan tidak mempunyai bau dan rasa petai. Justeru, mereka yang tidak menggemari petai masih boleh menikmati khasiat petai sambil menikmati kelazatan coklat.


Produk ini telah mendapat perhatian daripada pihak TEKUN Nasional untuk dikomersialkan.                     

                                      CoklatUlam2  CoklatUlam1

Pautan Kerajaan

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: