NutEXPro Tingkat Keberkesanan Senaman

Intensiti dalam aktiviti senaman merupakan salah satu faktor penentu keberkesanan proses pembakaran lemak. Untuk itu, kadar intensiti biasanya diukur menggunakan alat pemantau denyutan nadi (heart rate monitor) yang kebiasaannya digunakan juga untuk mengukur jumlah kalori yang telah dibakar. Namun begitu, alat konvensional ini memerlukan pengguna membaca paparan numerik yang kecil secara berterusan dan ini secara tidak langsung mengganggu konsentrasi mereka. Kaedah ini tidak praktikal apatah lagi jika senaman itu memerlukan pergerakan yang pantas dan cergas.

GegelangNuTEXPro

Penyelidik UiTM, Adam Feizrel Linoby dan ahli kumpulan penyelidikannya telah mencipta inovasi pemantau denyutan nadi iaitu NutEX Pro. Gajet yang didatangkan di dalam bentuk jam tangan ini mempunyai empat mod senaman bergantung pada objektif senaman pengguna iaitu untuk pembakaran lemak, kardiovaskular, otot dan profesional. Tahap intensiti senaman pengguna dipaparkan menggunakan kaedah kod warna. Kod tersebut mempunyai empat warna berdasarkan objektif senaman. Sebagai contoh, sekiranya pengguna bersenam untuk menguruskan badan, mereka hanya perlu tekan pilihan ‘fat burning’ di paparan gajet. Setelah maklumat umur, tahap kecergasan dan jantina dimasukkan, pengguna boleh mulakan aktiviti senaman dan gajet akan menyimpan data tersebut. Semasa bersenam pengguna hanya perlu memantau empat warna pada gajet tersebut iaitu warna hijau adalah intensiti yang optimum. Sekiranya gajet bertukar kepada warna merah, ini menunjukkan pengguna telah melebihi intensiti optimum yang dicadangkan manakala warna kuning menunjukkan pengguna di bawah paras optimum dan perlu meningkatkan intensiti senaman.


Jelas Adam Linoby “gegelang NutEXPro berupaya untuk membantu pengguna memilih aktiviti senaman yang sesuai dengan kemampuan mereka malah dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa bersenam akibat tekanan daripada bebanan senaman yang berlebihan”, ujar beliau.


Menariknya, gegelang NutEX Pro turut dilengkapi dengan pemacu keras untuk memudahkan pengguna memuat naik data aktiviti senaman dan menganalisis keberkesanan senaman yang telah dilaksanakan dengan menggunakan perisian yang disediakan. Malah, perisian NutEX Pro ini juga berupaya menyimpan dan menganalisis data mengenai pemakanan dan juga kesihatan si pengguna untuk membolehkan pengguna memperoleh data lengkap dan merancang program kesihatan sendiri. Justeru, inovasi ini membantu pengguna mencapai matlamat senaman mereka dalam jangka masa yang telah dirancang.


Gegelang NutEXPro didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik dengan menggunakan material latex yang fleksibel dan tidak mudah rosak. Kos penghasilannya yang rendah sesuai dikomersilkan.

Inovasi ini telah meraih pingat emas adn Anugerah Inovasi Terbaik di pertandingan penyelidikan dan inovasi di ITEX 2012, KONAKA 2012, Industrial Art & Technology Exhibition (INATEX) 2012.

AdamLinobyNuTEXPro      UjiLariNuTEXPro
Adam Feizrel Linoby bersama hasil penyelidikannya, NutEXPro.     Penyelidik sedang melaksanakan proses uji lari.

Pautan Kerajaan

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: