Konferensi Akademik 2014

Konferensi Akademik 2014 telah diadakan selama dua hari, pada 19 dan 20 Februari lalu, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Shah Alam. 

Program bertemakan Integriti Pemangkin Transformasi UiTM itu adalah anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Jabatan Komunikasi Korporat.

Lebih istimewa, Pengasas dan Pengerusi CT Corpora, Indonesia, Yang Terhormat Bapak Chairul Tanjung turut hadir ke konferensi akademik untuk sesi perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman bersama-sama warga UiTM.

Beberapa sesi penganugerahan telah diadakan pada hari kemuncak konferensi, iaitu, Anugerah Akademik UiTM 2013, Anugerah Keusahawanan UiTM 2013 dan Anugerah Penyelidikan 2013.

Anugerah Penyelidikan 2013 diberikan buat kali pertama bersempena dengan program tahunan Konferensi Akademik. Penganugerahannya berdasarkan empat kategori, iaitu Geran Inisiatif Entiti Kecemerlangan sebanyak RM100,000 yang akan diberikan kepada setiap Research Interest Group (RIG). Kategori kedua ialah Skim Geran Penyelidikan Nic Kementerian Pendidikan Malaysia (NRGS-KPM) yang berjaya diperoleh sejumlah RM5juta.

Seterusnya, Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGs) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia pula berjaya diperoleh sebanyak RM14juta. Sementara bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental, UiTM telah mencatat sejarah sebagai penerima tertinggi di Malaysia dengan jumlah RM14.5juta.

Pada majlis sama, dua orang staf turut menerima sijil penghargaan dari pihak universiti kerana telah berjaya dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Pengurusan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia, pada 28 Januari lalu, bersempena dengan Majlis Perutusan YAB Menteri Pendidikan Tahun 2014.

Berikut adalah senarai pemenang:

Anugerah Akademik UiTM 2013

  1. Anugerah Tokoh Akademik - Datuk Prof. Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi, Fakulti Undang-Undang
  2. Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Kelompok Sains Teknologi dan Perubatan) - Dr. Abd Mutalib Md Jani, UiTM Perlis
  3. Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Sosial dan Kemanusiaan) - Dr Zainab Mohd Noor, Fakulti Pendidikan
  4. Anugerah Pengajaran (Kelompok Teknologi) - Dr Norhayati Baharun, UiTM Perak
  5. Anugerah Penerbitan Buku - Dr. Shahriman Zainal Abidin, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
  6. Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan) - Puan Aminah Abd Rhapor, Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  7. Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Visual) - Encik Khairul Zikri Abdullah, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
  8. Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Penulisan Kreatif) - Encik Abd Ghafar Ibrahim, Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  9. Anugerah Ahli Akademik Harapan - Encik Mohd Idzwan Mohd Salleh, UiTM Cawangan Kelantan
  10. Anugerah Kepimpinan Akademik - Prof. Dr. Mohamed Ibrahim Abu Hassan, Fakulti Pergigian
  11. Anugerah Penyelidik Terbaik (Kelompok Sains Teknologi dan Perubatan) - Dr. Fazah Akhtar Hanapiah, Fakulti Perubatan
  12. Anugerah Penyelidik Terbaik (Kelompok Sains Sosial dan Kemanusiaan) - Dr. -Ing. Oskar Hasdinor Hassan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
  13. Anugerah Penulis Terbaik - Prof. Madya Dr. Hoh Boon Peng, Fakulti Perubatan
  14. Anugerah Penceramah Terbaik - Prof. Madya Dr. Norzaidi Mohd Daud, Fakulti Pengurusan Perniagaan
  15. Anugerah e-Pembelajaran - Puan Amizon Azizan, Fakulti Kejuruteraan Kimia
  16. Anugerah Penyelia Terbaik - Prof. Engr. Dr. Mohamad Rusop Mahmood, Fakulti Kejuruteraan Elektrik


Anugerah Keusahawanan UiTM 2013 (Kategori Fakulti)

  1. Best Student Enterprise/Start-Up - Firdaus Putra bin Ariffin, Fakulti Pendidikan (RM1,000)
  2. Institutional Environment - Fakulti Pendidikan (RM2,000)
  3. Student Engagement - Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (RM2,000)
  4. Innovative and Entrepreneurial Staff - Fakulti Senilukis dan Senireka (RM2,000)
  5. Entrepreneurial Impact - Fakulti Sains Komputer dan Matematik (RM2,000)
  6. Innovative Entrepreneurial Teaching and Learning - Fakulti Pengurusan Perniagaan (RM2,000)
  7. Entrepreneurial Faculty of the Year 2013 - Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (RM10,000)


Anugerah Keusahawanan UiTM 2013 (Kategori Kampus)

  1. Best Student Enterprise/Start-Up - Adni Hazimee bin Adnan, UiTM Cawangan Kelantan (RM1,000)
  2. Institutional Environment - UiTM Terengganu (RM2,000)
  3. Student Engagement - UiTM Cawangan Kedah (RM2,000)
  4. Innovative and Entrepreneurial Staff - UiTM Pahang (RM2,000)
  5. Entrepreneurial Impact - UiTM Perlis (RM2,000)
  6. Innovative Entrepreneurial Teaching and Learning - UiTM Perak (RM2,000)
  7. Entrepreneurial Campus of the Year 2013 - UiTM Terengganu (RM10,000)


Anugerah Penyelidikan 2013 (Entiti Kecemerlangan Tier 5)


  1. Dr Noor Fitrah Abu Bakar (Fakulti Kejuruteraan Kimia) – Particle Engineering Technology
  2. Dr Syed Shatir Asghrar Syed Hassan (Fakulti Kejuruteraan Kimia) - Hydrocarbon Processing
  3. Dr Alawi Hj Sulaiman (Fakulti Perladangan dan Agroteknologi) - Tropical Agro-Biomass
  4. Prof Dr Aishah Adam (Fakulti Farmasi) - Group for Affinity, Safety and Efficacy Studies
  5. Prof Dr Kalavathy A/P Ramasamy (Fakulti Farmasi) - Collaborative Drug Discovery Research
  6. Dr Asmah Awal (Fakulti Perladangan dan Agroteknologi) - Agricultural Biotechnology
  7. Dr Wan Iryani Wan Ismail (Fakulti Farmasi) - Clinical BioPharmaceutics Research Group
  8. PM Dr Vasudevan Mani (Fakulti Farmasi) - Brain Research Group


Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2012 Kementerian Pendidikan Malaysia

  1. Profesor Madya Dr Anuar bin Suun - Pensyarah (Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi)
  2. Encik Adanan bin Jamal - Pembantu Belia dan Sukan (Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi)


 

Pautan Kerajaan

mygov KPT jmu
mampu  jpa
mqa mof AKEPT
budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: