WCOMLIS 2014: Medan Kongsi Ilmu Pengurusan Maklumat Sedunia

Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan seminar World Congress of Muslim Librarians and Information Scientists (WCOMLIS) 2014 pada 25 dan 26 Februari yang lalu, bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM, Universiti Sains Islam Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Majlis perasmian WCOMLIS 2014 telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni), YBhg Prof. Dr. Norsaadah Ismail. Turut hadir sama memeriahkan majlis ialah Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat, Prof Madya Dr. Hj Laili Hj Hashim. YBhg Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, telah dijemput sebagai penyampai ucaptama. Persidangan kali ketujuh ini dihadiri oleh seramai 112 orang peserta dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada para akademik, penyelidik dan profesional dalam bidang pengurusan maklumat. Sebanyak 36 kertas kerja yang berpotensi untuk penerbitan jurnal berwasit telah dibentangkan pada persidangan dua hari itu. WCOMLIS 2014 telah menjadi medan dan wadah terbaik penglibatan ilmuan pengurusan maklumat dari seluruh dunia untuk berbincang dan berkongsi ilmu mengenai trend, cabaran dan masa depan bidang berkenaan yang merangkumi aspek pengurusan perpustakaan, pengetahuan, rekod dan arkib. Sementara itu, majlis penutup program pula telah disempurnakan oleh Pengerusi WCOMLIS 2014, Dr. Azman Mat Isa. Pemenang bagi Anugerah Kertas Kerja Terbaik telah disandang oleh Prof Madya Dr. Yushiana Mansor dan Naizura Abd Rashid dari Malaysia, menerusi tajuk pembentangan FRBR, FRAD, FRSAD: Conceptual Models for Collaborative Bibliographic Networks.

{gallery}infostack/wcomlis2014{/gallery}

Pautan Kerajaan

mygov KPT jmu
mof AKEPT budayaperdana
10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: