Soalan Lazim

  1. Apa itu UiTM?

    UiTM adalah ringkasan untuk Universiti Teknologi MARA. Ia telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun 1956. Selain kampus, ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mempunyai 12 buah kampus negeri (7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi), 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu. Dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 500 program akademik dalam suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi lebih 175,200 orang pelajar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:
    http://www.uitm.edu.my/index.php/ms/kenali-uitm/profil-sejarah-uitm/profil-universiti

  2. Di manakah lokasi UiTM?

    Kampus induk UiTM terletak di Shah Alam. Sila rujuk Peta Kampus.

  3. Apakah program-program yang ditawarkan di UiTM?

    UiTM menawarkan pelbagai program daripada peringkat asasi ke peringkat pascasiswazah, termasuk kursus-kursus profesional, seperti yang tersenarai di halaman Senarai Program daripada laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Akademik. Kursus-kursus yang tersenarai boleh ditawarkan di kampus induk, kampus negeri berautonomi, kampus negeri, dan/atau kampus satelit. Anda perlu merujuk terus kepada Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

  4. Apakah syarat-syarat kemasukan untuk sesebuah program?

    Syarat-syarat kemasukan untuk sesebuah program adalah berbeza. Anda perlu merujuk terus ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan untuk maklumat lanjut. Sila layari laman sesawang utama UiTM untuk ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan melalui menu utama Akademik.

  5. Apakah program-program yang ditawarkan di kampus-kampus UiTM yang lain?

    Anda perlu merujuk terus kepada Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan untuk pertanyaan dan keterangan lanjut berkenaan program-program yang ditawarkan di kampus-kampus UiTM yang lain. Sila layari laman sesawang utama UiTM untuk ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan melalui menu utama Akademik.

  6. Adakah program Diploma ditawarkan di kampus induk UiTM?

    UiTM tiada menawarkan program Diploma di kampus induk.

  7. Saya ingin menyambung pelajaran ke peringkat pascasiswazah – siapakah yang boleh memberi khidmat nasihat?

    Sila layari laman sesawang Institute of Graduate Studies.

  8. Adakah UiTM menawarkan kursus-kursus secara pendidikan jarak jauh?

    Ya, untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawangInstitute of NEO Education.

  9. Saya adalah pelajar antarabangsa – bolehkah saya memohon untuk belajar di UiTM?

    Ya, UiTM ada menawarkan program-program pascasiswazah dan program-program mobiliti kepada pelajar-pelajar antarabangsa. 
    Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang Institute of Graduate Studies untuk program-program pascasiswazah dan laman sesawang Office of International Affairs untuk program-program mobiliti pelajar.

  10. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting untuk pengambilan pelajar?

    Mohon rujuk Kalendar Pengambilan untuk mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting untuk pengambilan pelajar atau sila layari portal Bahagian Pengambilan di http://pengambilan.uitm.edu.my/

  11. Bagaimanakah persekitaran pembelajaran di UiTM?

    UiTM menyediakan kemudahan pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar di luar bilik kuliah dan ia juga menempatkan salah satu daripada perpustakaan yang terbesar di negara ini, yang mempunyai cawangan di setiap kampus UiTM.

  12. Bagaimanakah universiti  membantu bakal-bakal graduan UiTM menambahkan kemahiran mereka supaya dapat bersaing di pasaran?

    UiTM sentiasa bekerja ke arah meningkatkan nilai pengajian untuk pelajar-pelajar melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman yang berunsur akademik dan bukan akademik di persekitaran kampus. Para pelajar dan warga UiTM digalakkan menganjur serta melibatkan diri dalam pelbagai akitiviti untuk menjana nilai kepimpinan, kerohanian, sukan/ rekreasi, patriotism, keusahawanan, khidmat masyarakat, sosial/ kebudayaan, kreatif/ inovatif, kemahiran komunikasi, dan pengantarabangsaan dalam diri para pelajar.

Pautan Kerajaan

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: