Kerjaya dengan UiTM

Memohon Jawatan Kosong

Jawatan Kosong (Akademik & Pentadbiran)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Untuk Staf UiTM Sahaja

    Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf UiTM, hendaklah dibuat melalui Portal i-Staf -- eProses & Sistem Sokongan -- ePengambilan Staf.


  2. Untuk Bukan Staf UiTM

    Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 14 November 2018 hingga 28 November 2018 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00.

    Sila nyatakan 'Jawatan Kosong UiTM' semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

    Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf dan membuat permohonan secara dalam talian sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

    Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.

    Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

    • Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
    • Pemohon tidak perlu mengisi maklumat CGPA pada ruangan CGPA di BAHAGIAN D- Maklumat Institut Pengajian Tinggi sekiranya meiliki kelayakan akademik dari universiti yang tidak menggunakan sistem CGPA
    • Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
    • Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana)

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 November 2018 (Rabu)

Sekian, terima kasih

Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
UiTM Shah Alam

Iklan (pdf)

 

Untuk memohon jawatan kosong Pentadbiran di UiTM secara dalam talian, sila layari http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/.

 

Kekosongan Jawatan

Untuk Mendaftar sebagai Pencari Kerja / Majikan

Sila klik http://www.jobshop.uitm.edu.my.


Apa itu Jobshop.UiTM

Jobshop.UiTM adalah sebuah portal mencari kerja dalam talian yang telah beroperasi sejak Mac 2007. Sistem ini telah dibangunkan khusus untuk membantu pelajar UiTM/ graduan untuk mendapat kerja. Ia juga berupaya menemukan pelajar/graduan dengan majikan mereka.

 

Bagaimana Jobshop.UiTM Boleh Membantu Anda

Sebagai Pencari Pekerjaan

Graduan yang mempunyai pengalaman bekerja atau pelajar tahun akhir/siswazah baharu yang masih mencari kerja dapat memanfaatkan sistem ini melalui kepelbagaian fungsi yang ditawarkan seperti:

  • Pendaftaran & memaklumkan 'resume' secara percuma.
  • Pelbagai peluang pekerjaan / iklan untuk latihan.
  • Tip - tip kerjaya & maklumat terkini mengenai industri.
  • Peluang ditemuduga oleh syarikat dalam kadar yang segera.
  • Peluang bekerja di syarikat bertaraf tempatan atau antarabangsa.

Sebagai Majikan

Setkan akaun anda bagi memperolehi faedah berikut:

  • Pendaftaran Percuma
  • Iklan untuk Latihan Kerja, Latihan Industri, Peluang Kerja tanpa had.
  • Permohonan untuk mengadakan temuduga dalam kampus (On Campus Job Interview).
  • Mencari pekerja secara dalam talian.
  • Peluang untuk mengambil bahagian di dalam Hari Kerjaya / Ceramah Kerjaya UiTM
  • Peluang untuk mendapat pekerja yang berkelayakan daripada 24 fakulti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jobshop.UiTM, sila hubungi:

Pusat Kerjaya & Kaunseling
Bahagian HEP & Alumni
Aras 5, Bangunan Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-5544 2386/ 5521 1480/1482
Faks: 03-5544 3493

Pautan Kerajaan

mygov KPT jmu
mof AKEPT budayaperdana
10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: