Cokmar

Cokmar atau lambang kuasa UiTM bermotifkan sebilah keris yang dinamakan “Keris Agung” dan diiringi dengan “Tombak Agung”. Kedua-duanya melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung, kukuh dan murni.

Keris Agung

Keris Agung yang bersarung melambangkan kekuatan dan keutuhan bangsa Melayu. Motif ukiran yang terdapat pada “Keris Agung” ini menepati makna dan tujuan penciptaannya. Motif ini menggambarkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor UiTM sekaligus melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung.

Ciri-ciri keaslian dan ketulenan keris Melayu sebagaimana yang terdapat pada “Keris Agung” melambangkan falsafah penubuhan UiTM. Ia digarap dari idea penciptaan sebilah keris yang bernama “Keris Potong Barat”.

Motif ukiran pada hulu keris ialah motif bunga petola kuning, pendongkoknya bermotifkan pucuk rebung dan sarungnya bermotifkan bunga tanjung.

Motif bunga petola kuning pada hulu keris mewakili warna kuning diraja, menggambarkan lambang Kesultanan Melayu. Motif pucuk rebung melambangkan proses pendidikan yang membentuk mahasiswa universiti ini menjadi graduan profesional. Motif bunga tanjung pada sarung keris pula melambangkan identiti negeri Selangor, bersesuaian dengan kedudukan kampus induk UiTM yang berpusat di negeri Selangor Darul Ehsan.

Kewibawaan makna identiti keris terserlah dengan logo UiTM yang diletakkan di atas ukiran perak pada pangkal sarung keris. Bahagian tengah sarungnya pula tertera tulisan khat tuluth yang mempamerkan moto UiTM iaitu “Usaha, Taqwa, Mulia”.

Tombak Agung

Tombak Agung yang terdiri daripada sepasang tombak; satu berlok lima dan satu lagi bermata daun buluh, merupakan lambang kepada nilai keagamaan, keilmuan, keperibadian serta kedaulatan bangsa dan negara. Motif keseluruhan batang tombak diambil dari reka bentuk kubah yang membawa maksud UiTM sebagai wadah pemberian dan penerimaan ilmu menurut hukum ilmu ke arah membina kebaikan dan menolak kemungkaran berlandaskan aqidah, khususnya di kalangan mahasiswanya, demi agama, bangsa dan negara.

Mata tombak berlok lima mencerminkan lima Rukun Islam. Manakala yang bermata daun buluh menggambarkan kekayaan seni reka Melayu yang asli. Penghias tombak ialah ukiran destar perak bermaksud raja-raja Melayu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan simbol ketinggian tamadun bangsa Melayu.

Bahagian batang tombak juga dihiasi dengan ukiran perak bunga tanjung, manakala bahagian atasnya terdapat logo dan moto UiTM “Usaha, Taqwa, Mulia” ditulis dengan khat tuluth. Logo dan moto ini menggambarkan keunggulan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang diwujudkan berlandaskan aspirasi untuk menghasilkan graduan-graduan bumiputera yang menguasai maklumat dan teknologi tinggi.

Pautan Kerajaan

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

16 May 2017 hingga 15 June 2017
Pelawat: 193,784
Paparan Halaman: 1,364,868
Sesi: 956,066
Pelawat Ulangan (Sesi): 829,052
Pelawat Baharu (Sesi): 127,014

16 Apr 2017 hingga 15 May 2017
Pelawat: 177,199
Paparan Halaman: 1,215,299
Sesi: 869,848
Pelawat Ulangan (Sesi): 757,204
Pelawat Baharu (Sesi): 112,644

*Sumber: Google Analytics

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: