TRANS4U

UiTM kini berada di persimpangan sama ada untuk kekal di takuk lama ataupun berubah dengan program transformasi yang terancang. Program transformasi ini dibangunkan dengan memberi fokus kepada empat komponen utama iaitu Organisasi (O), Modal Insan (M), Proses (P) dan Teknologi (T) yang diterjemah melalui 16 Program Transformasi dan merangkumi 66 projek. Program transformasi ini melibatkan kesemua peringkat pengurusan Universiti secara menyeluruh dengan pelantikan 7 Pengarah Peneraju, 37 Pengarah Program, 66 Pengurus Projek dan 264 orang ahli pasukan yang menjadi nadi penggerak kepada Program Transformasi UiTM.

Projek Transformasi diselaraskan dengan 10 Lonjakan PPPM(PT) bagi memperkasa kecemerlangan dan memastikan kelestarian Universiti. Program Transformasi ini bermula dengan transformasi tadbir urus universiti kepada Tadbir Urus 1 UiTM Multisistem yang merupakan salah satu daripada 11 projek keutamaan, iaitu:

  1. Quality Lecturers of UiTM (QL-UiTM)
  2. Exit Policy
  3. Dana Endowmen UiTM
  4. Pemerkasaan Program Profesional
  5. Lanskap Universiti Keusahawanan
  6. Hab Media Kreatif & Teknologi
  7. Tadbir Urus 1UiTM Multisistem
  8. Kepelbagaian Akademia
  9. Anchor Industry
  10. Peningkatan Penjanaan Hasil dan Kawalan Kos
  11. University Ranking

“Menjuruterai Destini, Menjuarai Legasi” merupakan tag-line bagi Program Transformasi UiTM. “Menjuruterai Destini” menunjukkan komitmen UiTM menggunakan segala kebijaksanaan dan kemahirannya dalam memastikan pencapaian matlamat strategik menjadi Universiti Tersohor menerusi agenda Keusahawanan Berintensifkan Penyelidikan.  “Menjuarai legasi” pula melambangkan hasrat UiTM untuk unggul dalam legasi kecemerlangannya selaku penobat martabat bangsa, yang melahirkan graduan pencorak ekonomi dan generasi pemimpin negara selain menjadi universiti yang tersohor dalam mempelopori ilmu terkehadapan serta menjuarai kesarjanaan.

Pautan Kerajaan

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: