Sejarah Pembangunan - 1967 - 1999

 

Institut Teknologi MARA 1967 - 1999

Hasil dari kajian dan penyelidikan yang diusahakan oleh kerajaan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1965 menyatakan bahawa negara menghadapi masalah kekurangan pekerja terlatih pada tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Bagi mengatasi masalah ini, 300 ekar tanah di Shah Alam telah diluluskan untuk menjadi tapak kampus kolej MARA. Pada 14 Oktober 1967, batu asas bagi pembinaan kampus telah diletakkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak dan dengan itu, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA.

Pembangunan ITM dalam tempoh tahun-tahun tersebut dikatakan berkembang pesat ekoran perkembangan program pembelajarannya, yang sejajar dengan peningkatan keperluan tenaga kerja pada masa itu. Pelbagai bidang kursus mendapat hasil kerjasama dengan institusi antarabangsa dan ITM telah menawarkan program-program Diploma lanjutan setaraf dengan program ijazah. Pembangunan ITM boleh dilihat dalam jangka masa tiga fasa yang merangkumi tempoh selama 32 tahun secara keseluruhannya. Fasa yang pertama (1967-1976) khusus kepada pendeklarasian ITM sebagai satu badan bebas yang memiliki kampus seluas 300 ekar di Shah Alam dan diletakkan di bawah penjagaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Fasa yang kedua (1976-1996) memperlihatkan ITM dengan kemampuannya di dalam bidang pengajian tinggi. Ia telah membawa kepada pelepasan Akta ITM 1976 yang menempatkan ITM di bawah Kementerian Pendidikan. Fasa yang ketiga (1996-1999) mengambil tempat berikutan dari keputusan pindaan Akta 1976 yang meletakkan ITM setaraf dengan universiti-universiti lain di dalam negara. ITM telah dimandatkan dengan kuasa penuh beroperasi sebagai sebuah universiti namun kekal dengan nama asalnya sehingga tahun 1999. Berikut adalah penukaran yang telah dibuat :
  1. Badan pentadbiran ITM, Lembaga Majlis, telah ditukar kepada Ahli Lembaga Pengarah dengan pembabitan lebih ramai perwakilan dari sektor swasta;
  2. Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa untuk menggubal bagi pihak institut;
  3. Senat telah ditubuhkan;
  4. Ramai ketua pegawai ITM mengalami proses pertukaran lantikan. Pengarah ditukar kepada Rektor, Ketua Pegawai kepada Provos, manakala Ketua dan Pensyarah Senior ditukar kepada Profesor dan Profesor Madya;
  5. Setiap jabatan diberi nama Fakulti;
  6. ITM diberi kuasa untuk menganugerahkan Ijazah kedoktoran;
  7. ITM telah diberi keistimewaan untuk menubuhkan kursus dan kampus cawangan di luar negara dengan kelulusan dari Kementerian Pendidikan;
  8. ITM telah diberi kuasa tambahan untuk membolehkan ia menjalankan perniagaan, terlibat dalam pelaburan, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan berunsurkan komersial.
  9. Kuasa disiplin di kalangan pegawai telah dipindahkan daripada Kementerian kepada Lembaga Pengarah.
  10. Untuk memperbaiki akauntabiliti staf, ITM diberi kuasa untuk mengenakan surcaj;
  11. Hak prosedur pelajar dalam sebarang pembicaraan mengenai perilaku dan disiplin diperketatkan. Ketika itu, ITM telah menubuhkan sebuah cawangan di setiap negeri. Kampus yang pertama dibina di Sabah pada tahun 1973 dan kampus yang terakhir adalah di Kuala Pilah, Negeri sembilan pada Jun 1999. Hampir kesemua kampus cawangan memulakan operasi di premis sementara, namun, penubuhan ini memunyai strategi dan pelan yang teratur. Kesemua kampus cawangan telah berpindah ke lokasi yang tetap kecuali kampus Kuala Pilah.

Pautan Kerajaan

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: