Piagam Pelanggan

Untuk semua pelanggan UiTM:

  1. Pelajar
  2. Staf
  3. Ibu Bapa
  4. Industri dan
  5. Pihak-pihak berkepentingan

Kami menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berintegriti dan berjanji bahawa:

  1. Semua kemudahan asas pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan persekitaran memenuhi keperluan MQA,KPT dan badan-badan profesional;
  2. Semua program akademik diluluskan, diurus dan ditadbir mengikut peraturan dan prosuder Universiti;
  3. Semua kelulusan akademik diiktiraf oleh kerajaan serta menepati keperluan industri dan badan profesional yang berkaitan;
  4. Semua pengijazahan diberi dalam tempoh yang ditetapkan setelah memenuhi semua syarat;
  5. Semua pencapaian cemerlang dikenal pasti dan dianugerahkan setiap tahun;
  6. Semua cadangan dan aduan rasmi diambil tindakan dalam tempoh 1 minggu;
  7. Sentiasa bersedia memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan;
  8. Sentiasa memberi layanan mesra dan profesional.

UiTM akan memberikan perkhidmatan mengikut piagam pelanggan seperti yang diamalkan oleh Pusat Tanggungjawab Fakulti, Kampus Negeri, Bahagian, Institut, Pusat dan Unit.

Tanggungjawab Pelanggan


Untuk membolehkan UiTM melaksanakan Piagam ini dengan cekap dan berkesan, kami memohon agar Pelanggan :

  1. Memahami segala hak pelanggan dalam piagam ini.
  2. Mematuhi segala undang-undang, arahan, peraturan dan garis panduan yang berkaitan.
  3. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

 

Pencapaian Piagam Pelangggan