Catatan Naib Canselor

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, kita akan melangkah ke tahun baharu iaitu tahun 2017.

Pada tahun 2016 Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melalui satu tahap yang membanggakan, dengan lakaran kejayaan dan pencapaian cemerlang warga dalam pelbagai aspek, baik di peringkat negara mahupun antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, jadikanlah pencapaian yang telah diperoleh sebagai penerus usaha untuk melonjak sasaran kecemerlangan diri dan universiti ke tahap global pada tahun 2017.

Kepada seluruh warga kerja universiti, galaslah tanggungjawab yang diberi dengan gigih, ikhlas, komited dan amanah, agar setiap gerak kerja yang dilakukan akan sentiasa membuahkan hasil yang terbaik serta terarah kepada kebaikan. Berkhidmatlah dengan lebih komited, bersungguh-sungguh dan dedikasi pada tahun 2017, demi kelangsungan dan kemajuan institusi bangsa ini.

Kepada para pelajar, tanamkan dan sematkan tekad untuk memberi yang terbaik, bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan berupaya menjamin masa depan yang lebih cerah untuk keluarga dan menyumbang ke arah kemajuan negara.

Akhir kata, di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh warga Universiti Teknologi MARA. Semoga tahun 2017, akan terus membawa barakah dan kesejahteraan kepada UiTM serta seluruh warganya dalam apa jua yang dilakukan.

Selamat Tahun Baharu!

Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said
Naib Canselor UiTM

Pautan Kerajaan

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

16 May 2017 hingga 15 June 2017
Pelawat: 193,784
Paparan Halaman: 1,364,868
Sesi: 956,066
Pelawat Ulangan (Sesi): 829,052
Pelawat Baharu (Sesi): 127,014

16 Apr 2017 hingga 15 May 2017
Pelawat: 177,199
Paparan Halaman: 1,215,299
Sesi: 869,848
Pelawat Ulangan (Sesi): 757,204
Pelawat Baharu (Sesi): 112,644

*Sumber: Google Analytics

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: