UiTM JUARA SHELL ECO MARATHON ASIA 2015

Pelajar cipta kenderaan mesra alam sekitar bagi memperingati nahas MH370

MANILA, Filipina – Shell Ltd telah menganjurkan satu pertandingan Shell Eco Marathon Asia 2015 (SEM2015) di Luneta Park, Manila pada 26 Februari 2015 sehingga 1 Mac 2015 yang lalu. Pertandingan kereta ini dinilai dari segi konsep reka bentuk, sistem, dan kecekapan penjimatan tenaga yang digunakan. Pertandingan ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari institusi pengajian tinggi kejuruteraan seluruh Asia khususnya Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, United Arab Emirates, Japan, Pakistan, Egypt, Vietnam dan lain-lain.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menghantar dua pasukan, UiTM ECO PLANET dan UiTM ECO SPRINT untuk menyertai pertandingan SEM2015 tersebut yang terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UiTM. Kedua-dua pasukan ini telah menjuarai kategori masing-masing yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak US$2000.00. UiTM ECO PLANET telah menjuarai kategori Urban Concept: Hydrogen Fuel Cell dengan bernama RedHydro Kurita. Manakala UiTM ECO SPRINT telah menjuarai kategori Prototype: Hydrogen Fuel Cell dengan ciptaan kereta bernama -MH37017. Ini adalah tahun ke-dua berturut-turut UiTM memenangi kategori yang sama.

Penasihat teknikal kumpulan tersebut, Zulqarnain Mat Zaki, berkata mereka tergerak untuk menghasilkan kenderaan yang berinspirasikan nahas kapal terbang MH370 kerana secara kebetulan mereka pulang ke tanah air pada 8 Mac 2014 hari yang sama kapal terbang tersebut dilaporkan hilang selepas memenangi pertandingan sama tahun lepas.

“Kami mengambil keputusan untuk tidak hanya kembali ke pertandingan ini  dengan kenderaan yang lebih baik, tetapi juga mencari jalan untuk memperingati mangsa nahas tersebut untuk pertandingan tahun ini,” Kata Zulqarnain, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteran Elektrik yang merupakan pengurus kumpulan tahun lepas.
 
Selari dengan tema UiTM ECO PLANET, pasukan tersebut telah mengekalkan nama haiwan iaitu ‘Kurita’pada kereta. Manakala, UiTM ECO SPRINT mengenakan tema penghormatan terhadap tragedi MH370 dan MH17. Pada malam penutup pertandingan tersebut, kesemua pasukan telah membawa identiti dan budaya dari negara masing-masing. Tidak terkecuali pasukan dari UiTM yang mengenakan pakaian tradisional Malaysia.

Sebanyak 127 kumpulan daripada 17 negara termasuk 14 daripada Malaysia telah menyertai pertandingan tersebut tahun ini.

Pautan Kerajaan

mygov KPT jmu
mampu  jpa
mqa mof AKEPT
budayaperdana 10amalan

Moto

Statistik Laman Web

Hari ini

Laporan Mingguan


*Sumber: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999

Cari Kami Juga di: