Vendor

Pendaftaran syarikat ini seterusnya melayakkan syarikat tuan/puan berurusan dan berkomunikasi secara atas talian sepenuhnya berhubung Perolehan UiTM. Vendor yang tidak berdaftar melalui Sistem FineProcurementPLUS UITM adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai mana-mana tawaran perolehan oleh Universiti Teknologi MARA akan datang.

Bagi tujuan pendaftaran, dan dalam melicinkan segala pengurusan penyertaan tawaran perolehan UiTM, syarikat adalah dikehendaki mengenalpasti individu yang bertanggungjawab bagi pihak syarikat sebagai pengguna FineProcurementPLUS berdaftar dalam mengendalikan urusan perolehan UiTM.

Maklumat syarikat kebanyakannya akan ditadbir urus secara sistematik dan automatik melalui Sistem FineProcurementPLUS kami. Justeru, anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini maklumat syarikat anda sendiri bagi mengelakkan kegagalan dalam menyertai sebarang tawaran perolehan UiTM di masa akan datang.
Anda adalah sentiasa diingatkan untuk memastikan maklumat yang terkini dikemaskini di dalam Sistem FineProcurementPLUS kami di antaranya :
  1. Maklumat Perhubungan Syarikat/ Cawangan Syarikat
  2. Maklumat Perbankan Syarikat/ Cawangan bagi tujuan penerimaan bayaran
  3. Bidang MOF/ PKK/ CIDB
  4. Tarikh Tamat Sijil-Sijil Berkaitan dengan Kelayakan Penyertaan Tawaran
  5. Pemilikan Syarikat
  6. Penyata Bank
  7. Maklumat Pengguna/ Pihak Syarikat

Maklumat lanjut berhubung Dasar Pendaftaran Vendor, sila klik SINI.

Gov Links

mygov KPT jmu
mof AKEPT budayaperdana
10amalan

Motto

UiTM Website Statistics

Today

Weekly report


*Data source: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Technical (Webmaster) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999
 

Keep in Touch