Bahan Api daripada Sisa Kumbahan

Kajian menunjukkan bahawa Malaysia telah menghasilkan sebanyak 3 juta meter padu sisa kumbahan setiap tahun dan dijangka akan meningkat kepada 7 juta meter padu menjelang tahun 2020. Kos pengurusan bagi merawat sisa kumbahan ini menelan belanja melebihi RM1 juta.

Menyedari bahawa masalah peningkatan sisa kumbahan semakin meruncing, sekumpulan penyelidik UiTM mengambil inisitif meneroka potensi yang mampu dihasilkan daripada sisa kumbahan. Profesor Madya Dr Rusnah Samsuddin, pensyarah daripada Fakulti Sains Gunaan dan kumpulan penyelidikannya telah mengkaji sampel sisa kumbahan terawat dari loji rawatan Indah Water Konsortium Sdn Bhd. Hasilnya, mereka mendapati kewujudan minyak bio yang berpotensi digunakan sebagai bahan api alternatif.


Mereka menggunakan suhu yang tinggi dalam persekitaran tanpa atau dengan oksigen yang minima untuk menyahkan sisa yang tidak diperlukan dan menukar sisa tersebut kepada produk yang bermanfaat iaitu gas, cecair dan serbuk pepejal. Kaedah ini juga tidak menghasilkan bahan atau sisa yang mencemarkan malah mampu menjimatkan tenaga. Setelah melalui proses ini, sebatian-sebatian kimia utama seperti alkana, alkena, alkuna, aromatik, alkohol, asid karboksilik dan sebatian-sebatian nitrogen telah dikenal pasti terkandung di dalam minyak bio tersebut.


Bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti minyak bio yang dihasilkan, Dr Rusnah telah menggabungkan sisa kumbahan dengan beberapa sisa pertanian seperti sekam dan batang padi, hampas tebu dan hampas kacang soya. Tambahan pula minyak bio yang terhasil mempunyai nilai sulfur yang lebih rendah daripada bahan api konvensional. Justeru itu, minyak bio ini mesra alam dan mampu menjadi bahan alternatif yang sesuai untuk menggantikan bahan api daripada petroleum seperti diesel.


Minyak bio sangat ekonomi untuk digunakan kerana kos penghasilan yang rendah dan sumber penghasilan yang mudah diperolehi. Bahan mentah yang digunakan adalah daripada sumber bahan yang boleh diperbaharui. Permintaan terhadap bahan api yang tinggi menyebabkan harga bahan api konvensional semakin meningkat. Penggunaan minyak bio ini dilihat mampu mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara. Professor Madya Dr Rusnah dan kumpulannya mencari rakan industri yang berminat untuk mengkomersilkan minyak bio ini kerana bahan ini mampu menjadi bahan api yang setanding dengan bahan api yang sedia ada.


Inovasi ini telah meraih pingat gangsa di pertandingan rekacipta BioMalaysia 2011 anjuran Biotechnology Corporation yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 BahanApiKumbahan Dr Rusnah bersama rakan penyelidik.

Gov Links

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Motto

Website Statistics

16 May 2017 to 15 June 2017
Visitors: 193,784
Pageviews: 1,364,868
Sessions: 956,066
Returning Visitors (Sessions): 829,052
New Visitors (Sessions): 127,014

16 Apr 2017 to 15 May 2017
Visitors: 177,199
Pageviews: 1,215,299
Sessions: 869,848
Returning Visitors (Sessions): 757,204
New Visitors (Sessions): 112,644

*Data source: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Technical (Webmaster) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999
 

Keep in Touch