Inovasi Kultur Bakteria Baik daripada Budu

Makanan seperti budu, tempe dan cencaluk sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia. Namun, tiada yang menyangka makanan ini mampu menghasilkan bahan untuk kesihatan manusia. Penyelidik UiTM, Muhamad Fareez Bin Ismail, pelajar peringkat sarjana di Fakulti Farmasi bersama ahli kumpulannya Profesor Madya Dr Kalavathy Ramasamy dan Dr Lim Siong Meng dari Collaborative Drug Discovery Research (CDDR) Group, Fakulti Farmasi, UiTMberjaya menghasilkan inovasi berasaskan kultur bakteria baik bagi kegunaan industri pembuatan makanan dan nutraseutikal.

CapsproBox

Inovasi yang diberi nama CAPSPRO mengandungi pelbagai jenis bakteria laktik asid (LAB) yang diperolehi daripada melalui proses pengasingan daripada makanan tempatan bukan sahaja budu malah juga daripada tempe dan cencaluk.

Inovasi CAPSPRO merupakan formulasi kapsul mikro daripada polisakarida semulajadi sebagai pemudahcara kepada bakteria baik untuk meningkatkan tahap kesihatan usus dengan lebih berkesan berbanding produk berasaskan bakteria baik yang sedia ada di pasaran kebanyakannya hanya ada dalam bentuk susu dan minuman. Keistimewaan CAPSPRO ini terbukti dapat memaksimumkan tahap keupayaan bakteria baik untuk terus berfungsi dalam keadaan pH jus gastrik dan juga pada suhu tinggi sehingga 75oC. Ini kerana, bakteria asid laktik yang biasa tidak mampu hidup dalam suhu yang tinggi. Justeru, CAPSPRO berpotensi untuk digabungkan bersama makanan yang bukan konvensional seperti coklat, mentega, bijirin sarapan dan sebagainya.

CAPSPRO terbukti mampu meningkatkan tahap kesihatan setelah melalui beberapa siri penyelidikan pra-klinikal. Inovasi bakteria baik ini mampu mengurangkan saiz dan berat tumor barah serta berupaya mengurangkan trigliserida dan kolestrol berbahaya (LDL) di samping meningkatkan kadar kolestrol diambil baik (HDL). Malah, bakteria ini juga bebas ujian toksik dan tiada kesan sampingan sekiranya setiap hari.

Projek penyelidikan ini turut mendapat kerjasama kumpulan penyelidikan dari Makmal Penyelidikan Otak, Fakulti Farmasi, UiTM iaitu Profesor Dr Abu Bakar Abdul Majeed, Dr Rakesh Mishra dan Profesor Madya Dr Vasudevan Mani. Langkah ini untuk mengkaji kesan pengambilan bakteria baik terhadap sistem otak pengguna. Hasilnya, kajian mereka mendapati bakteria laktik asid (LAB) yang terkandung di dalam inovasi ini mampu meningkatkan daya ingatan sekiranya diambil secara berterusan.

Inovasi ini juga sangat ekonomikal kepada pihak industri yang berkaitan kerana ia merupakan produk tempatan dengan kos penghasilan yang rendah dan mampu menggantikan produk bakteria baik yang kebanyakannya diimport dari luar negara.

CAPSPRO telah meraih pingat emas di ekspo inovasi Invention, Innovation and Design Expo (IIDEX) 2013 yang telah berlangsung pada 15 hingga 17 Mac 2013 yang lalu di DATC, UiTM Shah Alam.

    CapsproLab

Gov Links

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Motto

UiTM Website Statistics

Today

Weekly report


*Data source: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Technical (Webmaster) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999
 

Keep in Touch