Serbuk Perapan Sate

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan yang unik. Kepelbagaian jenis makanan tersebut melambangkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.  Salah satu makanan yang menjadi kegemaran ramai tanpa mengira bangsa dan agama adalah sate.

Kelazatan sate bergantung pada bahan perapan yang digunakan semasa proses penghasilan daging sate. Meskipun resepi untuk menyediakan sate bukan lagi rahsia, namun untuk memastikan sate yang disediakan lazat dan menepati selera bukan mudah. Ini menyebabkan ramai penggemar sate terpaksa membeli sate di kedai dan gerai makan kerana kesukaran untuk menyediakannya sendiri di rumah.

MohdIzzatDanPerapanSate

Kini, menyediakan sate bukan lagi satu masalah. Pelajar dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM, Mohd Izzat Lutfi Rosli telah mencipta serbuk perapan sate yang mudah dan cepat disediakan. Beliau yang merupakan pelajar peringkat sarjana di fakulti tersebut memilih untuk menghasilkan bahan perapan sate dalam bentuk serbuk kerana mudah disediakan dan tahan lama.

Kata Mohd Izzat, “Inisiatif kami menyediakan serbuk perapan sate adalah untuk membantu para penggemar sate yang mempunyai kekangan bajet dan masa untuk menyediakan sate sendiri di rumah. Ini kerana mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai perlu membelanjakan lebih duit untuk membeli sate di luar. Menyediakan sate sendiri di rumah lebih ekonomi di samping menjimatkan masa untuk keluar”.

Mereka menggunakan kaedah pengeringan untuk membuang lembapan dalam bahan-bahan utama perapan sebelum dikisar untuk dijadikan serbuk perapan. Kemudian,  serbuk bahan utama tadi dicampurkan dalam sukatan tertentu bagi memastikan rasa manis, masam dan masin seimbang. Setiap serbuk perapan didatangkan dalam pek 50 gram yang boleh digunakan untuk sekilogram daging. Perapan ini juga boleh digunakan untuk menyediakan pelbagai jenis sate selain daripada daging lembu dan ayam seperti perut lembu, daging arnab dan sebagainya. Pengguna boleh menyediakan sate dengan kaedah membakar, malah juga sate tersebut boleh digoreng dan juga dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro. Oleh sebab perapan sate ini dalam bentuk serbuk maka pengguna mudah menyimpan semula lebihan serbuk yang tidak digunakan kerana jangka hayatnya yang lama.

“Saya menghasilkan perapan sate ini dalam bentuk serbuk kerana berdasarkan kajian yang dijalankan serbuk mudah menyerap perasa ke dalam daging. Malah, penyediaan sate menggunakan perapan ini juga ringkas dan mudah kerana serbuk ini tidak perlu dibancuh dengan air”, jelas Mohd Izzat.

Bahan-bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perapan sate ini kesemuanya diperoleh daripada sumber tempatan. Proses penghasilan yang mudah dan murah sesuai dikomersialkan oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Beliau yang kini merupakan pensyarah di UiTM Terengganu bersedia untuk mengkomersialkan inovasi beliau kepada industri yang berminat.            

sate  KotakSerbukPerapanSate

Inovasi serbuk perapan sate ini telah meraih pingat gangsa di pertandingan penyelidikan dan pembangunan IIDEX 2013 yang berlangsung di UiTM Shah Alam pada bulan Mac 2013 yang lalu.

Gov Links

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Motto

UiTM Website Statistics

Today

Weekly report


*Data source: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Technical (Webmaster) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999
 

Keep in Touch