Alat Bantu Mengajar untuk Kanak-Kanak Disleksia

Perkataan disleksia bukan asing pada masyarakat namun ramai yang menyangka ia adalah penyakit. Sebenarnya, disleksia bukan penyakit tetapi gangguan pelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.  Mereka biasanya mempunyai masalah membaca, menulis, mengingat dalam jangka masa yang singkat, membezakan kiri dan kanan, dan juga menerima arahan yang banyak. Walaupun kanak-kanak disleksia memiliki IQ yang sama atau lebih daripada normal, mereka sering dilabelkan sebagai pelajar yang lembab. Akibatnya, ramai kanak-kanak yang mengidapi disleksia mempunyai masalah pencapaian akademik yang rendah di sekolah. Bahkan, jika masalah ini tidak ditangani di peringkat awal, kanak-kanak disleksia akan menghadapi tekanan hidup sehinggalah ke peringkat dewasa. Justeru, mereka memerlukan kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang sesuai dan efektif.

Disleksia5 Disleksia2 Disleksia4

Penyelidik UiTM, Ronaldi Salleh dan Professor Dr Fattawi Mokhtar dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka telah bekerjasama dengan Fadilahwati Abdul Rahman dari Fakulti Pendidikan UiTM untuk menghasilkan alat bantu pembelajaran interaktif untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Produk inovasi tersebut dikenali sebagai Komik Interaktif Mudah Alih Disleksia atau D-mic (Dyslexia Mobile Interactive Comic) menggunakan pendekatan komik interaktif yang dihasilkan dalam bentuk aplikasi mudah alih yang senang dibawa kemana-mana.

Produk inovasi yang pertama seumpamanya di Malaysia mempunyai pengisian pembelajaran (learning content) yang menggabungkan kaedah visual animasi, teks dan muzik audio untuk menarik minat kanak-kanak disleksia. Inovasi aplikasi pintar ini bukan sahaja boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar dan komputer tablet malah sesuai dengan konsol mudah alih (PSP) serta komputer peribadi (PC). Ronaldi menjelaskan “Melalui pemerhatian dan kaji selidik yang telah dijalankan, kami mendapati kanak- kanak disleksia cenderung untuk memberi perhatian kepada sesuatu yang berwarna-warna dan bergerak. Justeru, saya menggunakan watak-watak kartun dengan tulisan yang berwarna-warni untuk menarik minat mereka untuk menggunakan aplikasi yang saya cipta ini”.

Beliau juga mendapatkan khidmat kepakaran pensyarah dari Fakulti Pendidikan bagi memastikan pengisian kandungan pembelajaran di dalam aplikasi ini selaras dengan modul pengajaran yang digunakan di sekolah. Langkah ini bagi memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri semasa belajar di dalam kelas. Inovasi ini boleh digunakan oleh ibu bapa malah juga sesuai dijadikan alat bantu pembelajaran bagi guru-guru memandangkan ia bersifat interaktif dan mudah digunakan.

Produk inovasi ini pernah meraih pingat Emas dan Anugerah Khas di Pertandingan Rekacipta bertaraf dunia EUREKA 2010 di Brussels, Belgium.

Disleksia1    Produk inovasi ini pernah meraih pingat Emas dan Anugerah Khas di Pertandingan Rekacipta bertaraf dunia EUREKA 2010 di Brussels, Belgium.        Disleksia3   

Gov Links

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Motto

UiTM Website Statistics

Today

Weekly report


*Data source: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Technical (Webmaster) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999
 

Keep in Touch