Perisian Pintar Bantu Mangsa Patukan Ular

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 60% kes mangsa patukan ular yang dirujuk ke jabatan kecemasan sukar menerima rawatan yang sepatutnya kerana kegagalan mengenal pasti spesies ular . Ini kerana mangsa dan keluarga terdekat tidak berupaya memberi maklumat ular yang telah mematuk mangsa. Kelewatan petugas kesihatan memberi penawar bisa ular boleh membahayakan nyawa mangsa. 

IlustrasiPatukan

Penyelidik UiTM, Shamimi binti A Halim, Azlin binti Ahmad dan Norzaidah binti Md Noh dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik telah membangunkan perisian mengenal pasti spesies ular melalui ciri-ciri patukan. Menurut beliau, “Kebanyakan mangsa gagal memberi maklumat ular yang mematuk akibat panik dan gugup. Menggunakan perisian ini, petugas perubatan yang bertugas mampu mengenal pasti spesies ular yang mematuk mangsa dalam jangka masa yang singkat sekaligus mampu menyelamatkan nyawa”, kata beliau.


Tambah beliau, perisian ciptaannya yang diberi nama Snake Bite Diagnosing System (SBEDS) mempunyai data maklumat sebanyak 100 jenis kegigian ular yang diperoleh melalui kerjasama dengan Taman Ular dan Reptilia, Perlis. Mereka juga menerima khidmat kepakaran ahli perubatan, Profesor Madya Dr Rashidi bin Ahmad dari Hospital Universiti Sains Malaysia untuk memastikan perisian ini mampu memenuhi keperluan petugas perubatan di hospital dan juga klinik kesihatan.


Perisian ini ringkas dan mudah digunakan dan tidak memerlukan penggunanya mempunyai kepakaran komputer. Petugas perubatan hanya perlu muat naik imej patukan ular ke dalam pangkalan data perisian untuk proses analisa. Perisian akan mengimbas kesan tersebut dan akan mengenal pasti kesan patukan tersebut dengan menggunakan teknik Neural Network iaitu salah satu teknik dalam bidang kepintaran buatan (Artificial Intelligence). Kemudian, maklumat spesies ular akan dipaparkan berserta simptom-simptom yang ditunjukkan oleh mangsa. Langkah ini membantu petugas perubatan membuat keputusan untuk memberi penawar bisa ular yang tepat dan sesuai dengan mangsa.


Shamimi dan ahli kumpulannya telah membuat acuan gigi palsu ular dengan mengkaji spesies ular yang terdapat di Malaysia. Langkah ini untuk membantu mereka membuat analisis terperinci dan data kegigian ular yang diperoleh dimuat naik ke dalam pangkalan data perisian tersebut. Perisian yang berkonsepkan seperti enjin carian ini merupakan inovasi yang pertama seumpamanya dan akan ditambah baik agar boleh dimuat turun sebagai aplikasi di telefon pintar.

AhliKumpulan      AnatomiUlar     AcuanGigiUlar
Ahli kumpulan penyelidik.      Anatomi gigi ular.     Acuan gigi ular.

Gov Links

mygov KPT jmu
mof AKEPT budayaperdana
10amalan

Motto

UiTM Website Statistics

Today

Weekly report


*Data source: Google Analytics

Like us on Facebook

 

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Technical (Webmaster) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999
 

Keep in Touch