Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2014

Naib Canselor, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah menyampaikan amanat tahun baharu beliau kepada seluruh warga kerja dan akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada 19 Februari lalu, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Fokus perutusan pada tahun ini antaranya ialah UiTM memacu minda bangsa, UiTM-MASMED menjejaki sunnah, UiTM pemangkin jati diri bangsa, UiTM membentuk bangsa inovatif, UiTM di hati komuniti, UiTM terus memacu menjana amanah, UiTM melestari rangkaian ilmu dan UiTM memperkasa integriti.

Pada majlis sama, perasmian Konferensi Akademik 2014 dan pelancaran Jelajah Buku Mencorak Destini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), YBhg Tan Sri Dato’ Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 

Majlis pelancaran Jelajah Buku Mencorak Destini itu merupakan simbolik hasrat Naib Canselor untuk mengedarkan buku-buku tersebut kepada warga di seluruh kampus negeri. Buku yang dijual dengan harga RM50 senaskah itu akan disalurkan khas sebahagian hasil jualannya ke Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Sementara itu, sebanyak enam dokumen universiti turut dilancarkan iaitu Pelan Pemantapan Akademik 2014-2015, Tadbir Urus Pengoperasian Akademik UiTM, Struktur Tadbir Urus Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Perancangan Sumber Manusia UiTM 2013-2015, Dasar Laman Sesawang Universiti Edisi 2014 dan Citra Kita.

‘Citra Kita’ merupakan aspresiasi lestari terhadap kejayaan-kejayaan yang diukir dalam lembaran kemegahan dan kecemerlangan UiTM. Garapan pengkisahan transformasi unggul universiti itu dalam bentuk buku mewah. Dasar Laman Sesawang Universiti Edisi 2014 pula adalah dokumen rasmi yang menyediakan garis panduan laman sesawang yang selari untuk mempromosikan imej dan identiti universiti. Kedua-dua dokumen adalah terbitan Jabatan Komunikasi Korporat. 

Perutusan Tahun Baharu 2014 juga disiarkan secara langsung ke seluruh kampus negeri menerusi laman sesawang WebTV UiTM. Program tersebut dalah anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik.



Gov Links

mygov KPT jmu
mof AKEPT budayaperdana
10amalan

Motto

UiTM Website Statistics

Today

Weekly report


*Data source: Google Analytics

Like us on Facebook

 

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Technical (Webmaster) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999
 

Keep in Touch