Pemasangan Perisian Anti Virus F Secure

Universiti Teknologi MARA sedang di dalam proses pelaksanaan Projek Anti Virus Berpusat bagi menggantikan anti virus sedia ada di UITM.

Perisian Anti Virus F-Secure akan dipasang di setiap komputer hak milik UiTM oleh Syarikat Night Electronics Sdn Bhd dan akan dipantau oleh staf IT Pejabat Teknologi Maklumat dan di bahagian/fakulti/kampus. Pemasangan ini akan bermula 23 Mac 2014 sehingga selesai pemasangan di semua bahagian/pusat/faklti/kampus cawangan.

Projek ini merangkumi 4 aspek penting iaitu:

i.   Mengumpulkan  maklumat inventori komputer-komputer yang berkaitan
ii.  Konfigurasi semula host name / computer name.
iii. Konfigurasi komputer bagi mengemaskini microsoft update  ke server yang berkaitan.
iv. Pemasangan perisian anti virus.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh berhubung dengan pegawai dibawah:

i.    Puan Suraya - 03-5521 1771
ii.   Pn Siti Zaharah Abu - 03 -5521 1378
iii.  En Fazlin Bajuri - 03- 5544 2171
iv.  En Zareeqa -03-5544 8056
v.   En Mohd Mazuan - 03 5521 1774