Ranking Results

QS Ranking Results June 2017

 


 

UiTM tingkatkan penarafan universiti

SHAH ALAM 8 Jun – Universi­ti Teknologi Mara (UiTM) berja­ya meningkatkan kedudukan da­lam penarafan universiti dunia dengan memperoleh 77 peratus skor dalam 2018 QS World University Rankings.

Naib Canselornya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, pencapaian itu diperoleh pihak­nya bagi kategori Reputasi Akademik, Penilaian Majikan dan Sitasi Bagi Setiap Pensyarah dalam kalangan 26,000 universiti di seluruh dunia.

“Pencapaian ini se­kali gus telah melonjak UiTM untuk menjadi salah sebuah universiti yang tergolong dalam 2.8 peratus universiti terbaik di dunia. Keterampilan akademik UiTM menunjukkan peningkatan yang amat ketara selain jaringan hubungan baik universiti ini dengan ahli-ahli akademik di seluruh dunia.

“UiTM juga ketika ini semakin menjadi pilihan utama oleh para akademik yang ingin menjalin kerjasama dalam bidang kepakaran penyelidikan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hassan turut berbangga dengan pencapaian UiTM ketika ini yang berjaya menghasilkan graduan bumiputera holistik dan seimbang dengan tuntutan pasaran pekerjaan tempatan serta global termasuk mempunyai kekuatan dari segi nilai-nilai keusahawanan.

Malah katanya, para graduan UiTM sentiasa diberi penekanan kepada inovasi dalam keusahawanan yang seterusnya mampu untuk menjadi pencipta kerjaya pada masa depan.

“Dengan kekuatan lebih 650,000 alumni, UiTM sentiasa komited memperkukuh penglibatan golongan ini bagi menyokong pengukuhan petunjuk Reputasi Akademik melalui sesi percambahan idea bersama peneraju industri dan syarikat milik kerajaan (GLC) dalam projek akademik, penyelidikan, latihan industri dan pengembangan bakat graduan,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/uitm-tingkatkan-penarafan-universiti-1.491198#ixzz4jTQUB0sp
© Utusan Melayu (M) Bhd

 


 

QS Ranking Results April 2017

Gov Links

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Motto

Website Statistics

16 May 2017 to 15 June 2017
Visitors: 193,784
Pageviews: 1,364,868
Sessions: 956,066
Returning Visitors (Sessions): 829,052
New Visitors (Sessions): 127,014

16 Apr 2017 to 15 May 2017
Visitors: 177,199
Pageviews: 1,215,299
Sessions: 869,848
Returning Visitors (Sessions): 757,204
New Visitors (Sessions): 112,644

*Data source: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Technical (Webmaster) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999
 

Keep in Touch