• ResearchProfile

  • TeachingLearning

  • Controller

  • StudentsAlumni/Spotlight

Library

Teaching & Learning

eWakaf UiTM

International Students Admission


Academic Calendar

Intake Calendar

Ranking Results

Career & Linkages

Bahan Penstabil Tanah Ganti Simen

Bahan penstabil tanah diperlukan untuk memastikan tanah yang menjadi asas untuk pembinaan jalan raya dan bangunan adalah kukuh dan selamat dari segi keupayaan menanggung beban. Kebanyakan bahan penstabil tanah yang ada di pasaran terdiri daripada simen dan kapur yang mengandungi pelbagai campuran bahan kimia dan menghasilkan karbon dioksida yang tinggi semasa proses pembuatannya. Berdasarkan kajian, bahan ini merupakan salah satu penyumbang utama kepada pencemaran karbon dioksida gas rumah hijau di dunia. Ini secara tidak langsung memberi impak yang negatif bukan sahaja kepada alam sekitar malah juga kepada kesihatan manusia. Di Malaysia, kebanyakan pemaju masih lagi menggunakan penstabil tanah konvensional iaitu simen dan kapur tanpa mencuba menggunakan bahan alternatif yang lebih mesra alam.

PenstabilTanah1

 

Menyedari bahawa situasi ini perlu ditangani segera, penyelidik UiTM telah menghasilkan inovasi bahan penstabil tanah yang lebih mesra alam dengan kos penghasilan yang rendah. Profesor Madya Dr. Mohamad Nidzam Rahmat dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam telah mencipta bahan penstabil tanah daripada sisa kumbahan daripada industri kertas terpakai dan industri berat. Hasil kajian beliau mendapati bahan penstabil tanah daripada sisa kumbahan berpotensi untuk menggantikan simen dan kapur. Malah, inovasi ini lebih mesra alam kerana ia tidak menggunakan bahan kimia namun masih berupaya menghasilkan bahan binaan yang berprestasi tinggi dan tahan lama.


“Inovasi baru bahan penstabil tanah ini berupaya mewujudkan asas tanah yang lebih kukuh dan tahan lasak lebih-lebih lagi bagi tanah yang mengandungi sulfat. Malah, ia juga membantu pihak industri mengurangkan kos pembinaan jalan raya dan secara tidak langsung membantu mengatasi masalah pembuangan sisa industri” ujar Dr. Nidzam yang menjalankan kajian ini di Universiti of Glamorgan, Wales United Kingdom. Jelas beliau, bahan penstabil tanah yang tidak mengandungi toksik meskipun menggunakan sisa buangan industri kerana kaedah pembakaran kertas menggunakan insinerator telah menghapuskan bahan-bahan toksik yang terkandung di dalam abu yang digunakan untuk menghasilkan penstabil tanah tersebut.


Menggunakan komposisi tertentu sisa kumbahan industri kertas terpakai dan industri berat, Dr. Nidzam berjaya menghasilkan bahan penstabil tanah yang mempunyai kekuatan mampatan tanah yang lebih tinggi berbanding simen dan kapur. Malah, ia juga mampu mengurangkan masalah pengembangan linear tanah yang sentiasa menjadi masalah kepada pemaju khususnya syarikat konsesi lebuh raya. Ini kerana pembinaan lebuh raya memerlukan tanah sub-gred yang kukuh untuk menanggung beban kekuatan mampatan daripada kenderaan-kenderaan yang melalui lebuh raya. Justeru, inovasi ciptaan beliau mampu membantu syarikat konsesi mengurangkan beban kos baik pulih lebuh raya kendalian mereka.
Inovasi ini telah meraih pingat gangsa di pertandingan Innovation, Invention and Design Expo (IIDEX) 2013 Universiti Teknologi MARA dan sedang mencari rakan industri untuk dikomersilkan.

PenstabilTanah5   PenstabilTanah4 PenstabilTanah3  

 

 

UiTM Current Statistics

 

165,028

Student

 

18,188

Staff

 

500

Programme

 

35

Campus

 

15,642

Research Output

(Pure Elsevier)

*Data: Dec 2016 | Source: Centre for Strategic Planning & Information

Vice Chancellor's Message

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and Salam Sejahtera.

With the blessings of Allah SWT., we will soon step into the year 2017.  As we celebrate the start of a new year, I wish you the best of health and happiness; and hope that the year 2017 will bring fulfillment and success to all of us.

2016 has been a great year for us at Universiti Teknologi MARA (UiTM) as our fraternity has succeeded remarkably in achieving many accomplishments in various fields, both nationally and internationally.  Success did indeed come repeatedly, but I know that it did not come easily.  These successes are the fruits of your labour and thoughtful endeavours.  I urge everyone to take these achievements as a strong motivation in attaining greater excellence to drive our university to achieve a wider global visibility in 2017.

Read More

Revolusi Industri 4.0

Source: Astro Awani

UiTM News Hub

UiTM Branches

  • 1

Gov Links

1Malaysia mygov KPT
jmu
mampu 
jpa mqa mof
AKEPT budayaperdana 10amalan

Motto

Website Statistics

16 May 2017 to 15 June 2017
Visitors: 193,784
Pageviews: 1,364,868
Sessions: 956,066
Returning Visitors (Sessions): 829,052
New Visitors (Sessions): 127,014

16 Apr 2017 to 15 May 2017
Visitors: 177,199
Pageviews: 1,215,299
Sessions: 869,848
Returning Visitors (Sessions): 757,204
New Visitors (Sessions): 112,644

*Data source: Google Analytics

Like us on Facebook

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Chief Information Officer (CIO): cspi[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my
Technical (Webmaster) : webmedia[at]salam[dot]uitm[dot]edu[dot]my

+603-5544 2000
 +603-5544 3999
 

Keep in Touch