Saturday, 25th May 2013
Homepage > Current News > Seluruh Warga Meriahkan Fiesta Raya Ala Arabiya

Seluruh Warga Meriahkan Fiesta Raya Ala Arabiya

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail
Sua Raya Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2012 yang bertemakan Fiesta Raya Ala Arabiya telah berlangsung dengan meriahnya 14 September lalu, bertempat di Padang Kawad UiTM Shah Alam. Perasmian majlis disempurnakan oleh Naib Canselor, YBhg Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian Flash Mob dan Sufi dari para pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Tetamu juga dihiburkan dengan persembahan kombo muzik dari Pejabat Pendaftar dan Pusat Kebudayaan UiTM. Pelbagai juadah dari 14 negeri di Malaysia disajikan untuk semua yang hadir termasuklah makanan dari negara Arab.

Pada majlis sama, Facebook UiTM Sentiasa Di Hatiku yang baru sahaja diwujudkan 10 Ogos lalu turut dirasmikan oleh Naib Canselor. Laman sosial ini juga diharap akan menjadi perantara untuk mengeratkan lagi hubungan semua staf dengan pihak pengurusan UiTM.