Thursday, 17th May 2012
Homepage > Current News > Anugerah Akademik UiTM 2011

Anugerah Akademik UiTM 2011

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail
Anugerah Akademik UiTM (AAU) telah diperkenalkan pada tahun 2009. Anugerah ini bertujuan memberi pegiktirafan tertinggi kepada kecemerlangan ahli akademik dari pelbagai bidang di Universiti teknologi MARA. Anugerah ini dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) dan diwujudkan berdasar kepada Anugerah Akademik Negara (AAN) yang diadakan pada setiap tahun oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penilaian adalah berdasarkan pencapaian ahli akademik pada tahun sebelumnya.

Anugerah akademik UiTM 2011 terbahagi kepada dua kategori , kategori utama dan kategori khas . Kategori utama terdiri daripada enam anugerah, iaitu Anugerah Tokoh Akademik, Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Pengajaran, Anugerah Penerbitan Buku, dan Anugerah Seni dan Kreativiti. Penerima Anugerah Tokoh Akademik menerima hadiah berbentuk piala, sijil dan wang tunai bernilai RM10 000. Manakala, empat anugerah utama berikutnya menerima piala, sijil dan wang tunai bernilai RM5000.

Dalam pada itu, tiada pemenang diumumkan bagi Anugerah Inovasi dan Pengkormesilan Produk kerana tiada perincian berkenaan jualan dan bukti untuk menyokong maklumat permohonan. Jawatankuasa juga mendapati projek yang dikemukakan berkaitan produk ini tidak melalui Research Management Institute (RMI).

Sehubungan itu, kategori khas terdiri daripada empat anugerah, iaitu Anugerah Penyelidik Terbaik, Anugerah Penulis Terbaik, Anugerah Penceramah Terbaik, dan e-Pembelajaran. Semua penerima anugerah khas mendapat piala, sijil beserta wang tunai bernilai RM2000. Kesemua anugerah kategori utama dan kategori khas telah disampaikan oleh Pro Canselor UiTM, YBhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Arshad Ayub. Tambahan lagi, pemenang-pemenang bagi anugerah kategori utama akan dicalonkan untuk Anugerah Akademik Negara.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG.

ANUGERAH UTAMA

BIL
ANUGERAH NAMA
1.
TOKOH AKADEMIK UiTM YBhg Prof. Dato’ Dr. Khalid Yusoff
2.
PENERBITAN MAKALAH JURNAL Dr. Mohd Zulkefeli Mat Jusoh
3.
PENGAJARAN Prof Madya Dr Beh Kian Lim
4.
PENERBITAN BUKU Prof. Madya Dr. Mohd Jamaludin Md Noor
5.
SENI DAN KREATIVITI Prof Madya Abdul Razak Haji Mohaideen

INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK  
Tiada Pemenang

ANUGERAH KHAS

BIL
ANUGERAH
NAMA
6.
PENYELIDIK TERBAIK Prof. Dr. Mohd Zaki Salleh
7.
PENULIS TERBAIK Prof. Madya Dr. Zainudin Awang
8.
PENCERAMAH TERBAIK  
Rosalind Xaviour Thambusamy
9.
e-PEMBELAJARAN Prof. Madya Mohd Nor Mamat