Thursday, 17th May 2012
Homepage > Current News > Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat UiTM

Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat UiTM

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail
Muslimin dan Muslimat, warga UiTM Shah Alam.

Bersempena dengan kedatangan Sambutan Maulidur Rasul 1433H pada 12 Rabiul Awwal 1433H bersamaan 5 Februari 2012 (Ahad), Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Alunan Selawat Nabi pada ketetapan berikut:

Tarikh : 4 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 7.00 malam - 9.15 malam
Tempat : Dewan Solat Utama Masjid

Aturcara Majlis :

7.20 petang 
: Alunan ayat suci Al-Quran Ustaz Faizan bin Tajuid
7.30 malam 
: Azan Maghrib / Solat berjamaah
8.00 malam 
: Bacaan Yasin, Tahlil dan Selawat
8.40 malam 
: Azan Isya’ / Solat berjamaah
9.15 malam 
: Bersurai

Untuk makluman tuan / puan, Sambutan Maulidur Rasul untuk Staf UiTM akan diadakan pada 24 Februari 2012 (Jumaat) jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam dan akan diikuti dengan Program Tarbiyyah Hati Siri 1/2012 bersempena dengan Maulidur Rasul. Hebahan dan aturcara program tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W dengan alunan Selawat pada malam 12 Rabiul Awwal 1433H bersamaan hari Sabtu malam Ahad di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam. Semoga kita mendapat Rahmat dan Syafaat Nabi di Padang Mahsyar kelak.