Thursday, 17th May 2012
Homepage > Current News > Naib Canselor Turun Padang

Naib Canselor Turun Padang

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), YBhg Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah turun padang mengadakan program lawatan rasmi ke dua buah fakulti di UiTM Shah Alam pada 1 Februari lalu untuk beramah mesra dan berdialog bersama-sama dengan semua staf akademik dan sokongan. Program lawatan berkenaan diadakan secara berasingan.

Fakulti Undang-undang merupakan fakulti pertama yang dikunjungi Dato’ Naib Canselor. Warga kerja fakulti berkenaan telah hadir ke Auditorium Cempaka Satu (1) bagi mengikuti program itu. Seterusnya, lawatan diadakan ke Fakulti Pengajian Perniagaan bertempat di Auditorium Satu (1) dan Dua (2), Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (ILQAM). Kedatangan Dato’ Naib Canselor turut disambut baik oleh warga akademik dan sokongan Fakulti Pengajian Perniagaan dari UiTM Shah Alam dan Puncak Alam. Hadir sama, Dekan Fakulti Undang-Undang, YBhg Prof Madya Datin Paduka Saudah Sulaiman dan  Dekan Fakulti Pengajian Perniagaan, Prof Dr Faridah Hj Hassan.

Dato’ Sahol Hamid ada menegaskan dalam ucapannya, tujuan beliau mengadakan lawatan adalah untuk beramah mesra, mengeratkan hubungan kerjasama serta mendengar apa sahaja pandangan dan pendapat daripada warga fakulti untuk penambahbaikan UiTM sama ada dalam bidang akademik mahupun pentadbiran.  

Beliau amat berbesar hati menerima semua maklum balas terus daripada warga fakulti yang sudi mengutarakan persoalan dan permasalahan yang berlaku di persekitaran fakulti mereka. Semoga sesi soal jawab yang diadakan memberi manfaat dan peluang kepada staf berinteraksi lebih dekat dengan beliau. Program turun padang ini juga merupakan satu platform untuk warga kerja memperoleh informasi secara langsung mengenai perancangan fakulti masing-masing oleh Dato’ Naib Canselor.

“Tingkatkan Prestasi, Gandakan Integriti. UiTM Tetap Dihati.”