Anugerah Perfileman MEATECH 2011
|
|
Kolej Teknologi MEA telah memberi pengiktirafan kepada Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya A. Razak Hj Mohaideen menerusi Anugerah Perfileman di Majlis Konvokesyen MEATECH 2011 pada 24 Disember lalu, yang telah diadakan di Dewan Sri Siantan 1, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya.
Pemberian anugerah berkenaan adalah sebagai menghargai jasa dan kesungguhan beliau membangun serta melahirkan modal insan dalam bidang seni dan perfileman. Beliau juga telah banyak menyumbang dalam pembangunan industri perfileman negara.
