Thursday, 23rd February 2012
Homepage > Current News > MAHASISWA TERIMA BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

MAHASISWA TERIMA BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail
Semua mahasiswa warganegara Malaysia yang masih aktif layak menerima Baucar Buku 1Malaysia sejumlah RM200 di universiti masing-masing.

Baucar boleh dituntut di Zon Kewangan Fakulti atau Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar bermula dari 10 Januari 2012 sehingga 15 Mac 2012. (UiTM Shah Alam: Bangunan Budisiswa Bahagian Hal Ehwal Pelajar)

Bagi pelajar di kampus negeri (khususnya UiTM), sila berhubung dengan Pejabat Bendahari kampus bagi mendapatkan tarikh perlaksanaan agihan baucar.

Kelayakan bagi mendapatkan baucar buku berkenaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(KPT).

Kad pelajar dan kad pengenalan WAJIB dibawa bersama. Pelajar tidak dibenarkan menghantar wakil untuk membuat tuntutan baucar.