Anugerah Perfileman MEATECH 2011
Kolej Teknologi MEA telah memberi pengiktirafan kepada Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya A. Razak Hj Mohaideen menerusi Anugerah Perfileman di Majlis Konvokesyen MEATECH 2011 pada 24 Disember lalu, yang telah diadakan di Dewan Sri Siantan 1, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya.
Pemberian anugerah berkenaan adalah sebagai menghargai jasa dan kesungguhan beliau membangun serta melahirkan modal insan dalam bidang seni dan perfileman. Beliau juga telah banyak menyumbang dalam pembangunan industri perfileman negara.

Pertandingan Fotografi RISDA-UiTM 2012
Tema : “Baja Cukup Hasil Melonjak”
Anjuran : RISDA dan Universiti Teknologi MARA
Semua penyertaan hendaklah sampai ke alamat di bawah dan diterima sebelum atau pada jam 5.00 petang, 15 Februari 2012 (Rabu)
Untuk makluman lanjut sila hubungi :
Urusetia Pertandingan Fotografi
RISDA-UiTM 2012
Jabatan Komunikasi Korporat
Aras 2, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Tel :03-55442102
En. Darus Kasim – (03-55442043)
En. Roslan Daud – (03-55442039)
En. Shamsul Hidayat Omar – (03-55443187)
Muat turun borang permohonan di bawah :

(
Klik untuk besarkan)